Monday, November 22, 2010

penulis yang baik

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.
Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.

~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

Tuesday, November 2, 2010

perkongsian

In The Name Of Allah

Post kali ini berkisar apa yang telah saya dan beberapa rakan lain telah peroleh sesuatu yang bermakna dari seorang akhwat.. walaupun kami sembang sampai pkul 2 pagi tapi bagi saya ia amat bermakna.. terima kasih ukhti Mas.. semoga kita akan bertemu lagi dan lebih banyak yang dapat dikongsi bersama..

Malam itu kami membincangkan tentang permasalahan anak halaqah kami.. Pelbagai masalah yang dibincangkan antaranya komitmen mereka terhadap halaqah dan program, masalah jawatan, karat-karat jahiliah yang masih bersisa walaupun telah lama ditarbiah, perlunya menyampaikan dan banyak lagi.. Kak Mas  bertanya kepada kami adakah murabiah mereka ini telah memberi penjelasan/ kefahaman yang cukup jelas kepada mereka ini.. Kami pun reflect balik diri masing-masing... Rupanya semua permasalahan ini berpunca dari kami.. Kami tidak memberi penjelasan dan kefahaman kepada mereka.. Kami terlalu takut untuk meletakkan beban kepada mereka sedangkan mereka mampu untuk mengalasnya.. Kami terlalu manjakan mereka sehingga mereka merasakan halaqah dan program yang diatur khas pada mereka ini hanya sekadar program biasa..

Salah siapa???
Murabiah atau mutarabbi?

Setelah berkongsi agak lama banyak la pengalaman yang dapat dikongsi oleh kak Mas..
Antara yang beliau telah lakukan kepada mutarabbinya..

1) Tegas dalam memberi arahan.. Jangan takut.. tapi dalam memberi arahan perlulah memberi penjelasan kepada mereka setiap arahan itu.. Penting juga untuk disusuli dengan tunjuk ajar bagi setiap arahan tersebut..


2) Kreatifkan halaqah... tempat halaqah dipelbagaikan... Aktiviti halaqah pun boleh dipelbagaikan.. Jangan sampai mereka tertekan bila datang halaqah..


3) Dalam memberi bahan / berkata biar sampai mereka terasa.. Tapi biar la terasa yang bermakna (ayat kak Mas).. 


4) Banyakkan dakwah fardiyah... walaupun mereka terasa dengan apa yang kita sampaikan tapi mereka boleh terima..

Banyak lagi yang dikongsi tapi inilah yang dapat saya simpulkan... Tapi bagi saya sebagai murabiyah kita jangan pernah rasa lelah walau macam mana pun perangai mutarabbi kita.. Kita kena cuba fahami mereka.. Dan kena beri kefahman kepada mereka.. Jangan takut untuk bagi mereka terasa dalam penyampaian kita.. Tujuan kita adalah untuk membina mereka agar mereka boleh dimanfaatkan buat dakwah.. terasa itu bertujuan untuk bagi mereka sedar akan kesilapan mereka.. seandainya terlalu berlapik mereka ini susah untuk fahami apa yang cuba ingin disampainkan..

Jazakillah Ukhti.. Perkongsian yang cukup bermakna... Pentingnya banyak berinteraksi dengan akhwat luar.. Banyak perkongsian yang boleh diperoleh..