Thursday, January 26, 2012

Umar Abd Aziz

IN THE NAME OF ALLAH
Apa khabar? Iman ok?
Lama betul rasanya tak mencoret sesuatu di dalam blog ini..
Rasanya bukan setakat bersawang malah semua binatang2 pun dah penuh kot dalam blog ni…

Ok lah ana sekadar ingin berkongsi cerita mengenai UMAR ABD AZIZ..
Nama yang cukup gah dalam khalifah Umayyah..
Beliau merupakan cicit kepada UMAR AL-KHATTAB..
Keistimewaan UMAR ABD AZIZ ini dikaitkan dengan titisan keturunan yang istimewa lagi mulia.
Benarlah sebuah hadis mengatakan bahawa anak itu umpama kain putih bersih, ibu bapalah yang mencorak kain tersebut…

Sikap bapanya ABDUL AZIZ BIN MARWAN yang mempunyai daya rasa yang tinggi dan akal fikiran yang peka dan cerdas telah diwarisnya. Manakala sifat ibunya LAILA BT ASHIM BT UMAR AL-KHATTAB yang mempunyai keazaman yang kuat, ketajaman perasaan, kefasihan lisan, kesederhanaan bicara dan ketegasan yang luar biasa telah tertuang pada peribadi unggul Umar Abd Aziz.

Peribadi Unggulnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor (menurut kajian Dr Ali Muhammad Muhammad ash-Shallabi (2009)):
a)      Latar belakang keluarga yang terdiri daripada golongan yang mulia dan terhormat
b)      Minat yang mendalam terhadap pelbagai ilmu dan pengetahuan terutamanya ilmu keislaman.
c)       Faktor persekitaran yang soleh, penuh ketakwaan dan sukakan ilmu pengetahuan
d)      Pendidikan yang diperolehi secara langsung dari Madinah.

Sebelum menjadi seorang khalifah peribadinya sungguh berlainan setelah menjawat jawatan khalifah.
Sebelum menjadi khalifah, Umar Abd Aziz menjalani kehidupan yang senang, bergaya dan penuh kemewahan. Wangian yang dipakainya boleh dihidu dari kejauhan. Gaya jalannya yang mirip dengan datuknya Umar al-Khattab. Namun semua ini berubah setelah beliau menjawat jawatan sebagai khalifah. Dr aidh Al-qarni menyatakan secara ringkas mengenai Umar Abd Aziz:
Beliau seorang khalifah yang zuhud, abid, mujahid, pembaharu abad pertama, beliau telah meninggalkan kepentingan dunia dan berpaling daripada syahwah-syahwah yang negatif. Beliau kemudiannya amat menumpukan sebahagian waktunya kepada persoalan ilmu, ibadat, dakwah, zuhud dan menegakkan keadilan. Lalu Allah mendorong usahanya menegakkan sunah dan menghapuskan bidaah, menyinari jalan pembaikan dan memperbaharui tanda-tanda kejayaan. Maka akhirnya beliau menjadi imam @ pemimpin yang memberikan petunjuk, alim dalam persoalan akidah serta menjadi pendidik kepada umat.

Dahulunya pakaian yang dipakai beliau berharga lebih 800 dirham namun setelah bergelar khalifah pakaiannya berharga 8 dirham.

Sifat unggul yang dimiliki oleh Umar Abd Aziz yang telah menjadikan beliau insan yang disebut Allah sebagai yang mendapat sibghah Allah (celupan Allah). Sifatnya yang teramat takut kepada Allah, zuhud, tawaduk, warak, santun dan pemaaf, sabar dan tabah, tegas dan berhikmah, adil dan banyak berdoa menjadikan beliau seorang hamba Allah yang memperoleh sibghah Allah. Sifat-sifat ini jugalah yang menjadikan UMAR ABD AZIZ sebagai khalifah yang istimewa dan berjaya. Walaupun tempoh pemerintahannya dalam tempoh yang singkat iaitu dua tahun setengah namun ia telah memberi kesan kepada pemerintahan ketika itu.

Terdapat pepatah mengatakan bahawa rakyat terbanyak mengikut agama dan pemimpin mereka. Inilah yang berlaku pada pemerintahan UMAR ABD AZIZ. Beliau bukan sahaja berjaya mempengaruhi keluarganya tetapi juga rakyatnya. Khalifah yang baik sebagaimana yang ditunjukkan Umar Abd Aziz adalah seumpama kasturi. Ia bukan sahaja berbau harum tetapi ia mampu mengharumkan orang lain.
·         Saya tak habis lagi baca buku ni.. jadi setakat ini yang saya boleh kongsi.. harap dapat memberi manfaat..

·         Rujukan buku :- UMAR ABDUL AZIZ karya Prof Madya Rasid Muhamad.