Wednesday, April 18, 2012

Merangsang Pembelajaran

Assalamualaikum...
hari ini saya ingin berkongsi salah satu artikel PA MA yang saya peroleh.. menarik tertarik... teruskan bacaan..
     
    Pembelajaran merupakan perkara yang penting kepada kanak-kanak sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Pada era kini, belajar sambil bermain merupakan cara semula jadi kanak-kanak belajar. Pelbagai kemahiran yang kanak-kanak akan peroleh dalam permainan. Pembelajaran juga merupakan elemen penting dalam setiap taska atau tadika. Oleh yang demikian, taska atau tadika perlulah merancang pembelajaran yang sesuai mengikut tahap umur kanak-kanak.

    Penerapan belajar sambil bermain merupakan pendekatan yang telah digunakan oleh banyak taska atau tadika pada hari ini. Ketika memilih permainan beberapa faktor perlulah dititikberatkan. Kriteria pertama adalah dari segi umur kanak-kanak perlulah disesuaikan dengan jenis atau alat permainan yang akan digunakan. Kedua ialah alat permainan ialah serba guna, di mana kanak-kanak boleh bermain dengan alat tersebut dengan pelbagai cara mengikut kreativiti mereka. Kriteria terakhir ialah dari segi keselamatan.


Monday, April 2, 2012

sambungan Mengimbau Kenangan

بسم الله الرحمن الرحيم


   Sepanjang pencarian artikel dalam majalah Pa Ma saya menjumpai banyak bahan.. Namun hari ini saya ingin berkongsi mengenai artikel yang berkaitan tentang pemilihan TASKA dan TADIKA.. sebagai seorang ibu dan ayah apa perkara yang perlu dititiberatkan ketika memilih tempat penjagaan dan pendidikan anak-anak kita.. maka kita sebagai seorang pengusaha perlulah memenuhi keinginan ibu bapa ini agar taska @ tadika kita menjadi tumpuan ibu bapa kerana sistem dan cara pendidikan yang baik.


AKTIVITI
TASKA -  Kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun seharusnya bukanlah diajar untuk pandai membaca semata-mata tetapi yang lebih penting ialah memberi rangsangan yang secukupnya melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang fizikal, bahasa, sosio emosi dan kognitif kanak-kanak. mereka juga digalakkan membuat pergerakan bebas.
TADIKA  -  Di peringkat ini barulah kanak-kanak digalakkan untuk belajar menulis dan membaca. Kanak-kanak yang telah menerima rangsangan di peringkat awal akan mudah untuk menulis dan membaca. Pada peingkat ini, kanak-kanak juga tidak boleh dipaksa untuk menjadi dewasa daripada umur mereka.