Thursday, May 26, 2011

Dunia dan akhirat

Bismillahirahim...

Assalamualaikum...
Agak lama saya tidak membuka blog ini.. al-maklumlah cuti sekolah line internet di rumah yang tak berapa laju menyebabkan perasaan ingin mengupdate blog ni pun hilang..
Tapi hari ini ana mengumpul mood sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah bersama keluarga.. Doakan ana mendapat Umrah yang Mabrurah...

OK.. hari ini ana ingin berkongsi satu formula yang ana dapat pada awalnya dari seorang akhwat ketika belajar di matrikulasi dahulu... Rupa-rupanya formula ini ada ditulis dalam buku ZERO TO HERO..


dari Formula ringkas ini terdapat sesuatu yang tersirat..

"Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian darinya (keuntungan dunia) tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat" (asy-Syura : 20)

 1 itu kita ibaratkan dengan ALLAH yang satu.. Manakala 0 pula kita ibaratkan dengan DUNIA..

Dari formula pertama.. O dibahagikan dengan 1 kita akan dapat 0.. bermakna apabila kita utamakan dunia dari Allah kita akan dapat dunia semata-mata..

Formula kedua pula.. 1 dibahagikan dengan 0 kita akan mendapat infinity.. infinity bermakna tidak terkira.. dari formula ini jelas menunjukkan apabila kita mengutamakan Allah dibandingkan dunia kita akan mendapat sesuatu yang tidak terkira nilainya..

* time belajar matrik dulu selalu keliru benda ni tapi bila akhwat share benda ni rasa sangat best... sama2 kita manfaatkan..


Monday, April 18, 2011


Kali Pertama Bertemu

Disember 2008 - Penerbangan yang panjang itu berakhir di Jeddah. Aku melihat satu per satu wajah ahli keluargaku. Masing-masing dengan ekspresi wajah yang berbeza. Kelihatan Mak dan Abah dalam keadaan yang sangat tenang.
Aku lihat kakakku memeluk lengan suaminya. Masing-masing tersenyum-senyum. Entah apa yang difikirkan oleh dua pengantin baru itu. Lantas aku memandang kedua-dua adik lelakiku, " This is it! "Mereka berdua tersenyum memahami kata-kataku.
Sesudah keluar dari airport Jeddah kami dibawa menaiki bas menuju ke Mekah Al-Mukarammah. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati ini. Aku tidak pasti apa yang menyebabkan hatiku bergetar. Mungkin teruja? Atau mungkin takut?
Terimbas kembali pada bulan puasa yang lepas, perbualan antara Mak dan aku di telefon.
" Yan, tahun ini tradisi percutian hujung tahun keluarga kita akan ditukar kepada pergi Umrah ,"suara Mak penuh bersemangat di corong telefon.
Ketika itu aku tergamam dan hanya mengiakan saja. Tamat perbualan antara aku dengan emak di telefon.
Namun waktu itu fikiranku tidak terhenti di situ sahaja. Suara mak masih terngiang-ngiang dalam kepalaku. Pergi Umrah? Pergi ke tanah suci. Aku tidak pernah terfikir langsung untuk menjejakkan kakiku ke tanah haram Allah SWT itu. Tiba-tiba aku jadi risau.
" Bolehkah aku? Tahukah aku ibadah-ibadah yang perlu ku laksanakan di sana nanti? Aku tak pandai mengaji.. macam mana ni? Ahh.. "
Itulah reaksiku ketika mula-mula diberitahu bahawa Abah ketika dia menunaikan haji bersama dengan Mak, telah bernazar untuk membawa anak-anaknya menunaikan Umrah.
Bas meluncur laju, dari tingkap bas dapat ku lihat pemandangan malam sekitar Jeddah yang sangat berlainan dari tanah airku. Bangunan-bangunannya lain sekali. Walaupun aku ialah seorang yang banyak mengembara namun Tanah Arab ini amat berbeza dari negara-negara yang pernah ku lawati.
" Banyakkan berzikir dan doa. " tegur Mak.
Aku akur lalu ku buka buku panduan Umrah yang sedari tadi telah ku gantung di leher. Ketika bas mula memasuki kota Mekah, aku mula berdoa ;
" Ya Allah, kota ini adalah Tanah Haram-Mu dan tempat yang aman-Mu, maka hindarkanlah daging, darah, rambut dan kulitku dari Neraka. Dan selamatkanlah diriku dari siksa-Mu pada hari Engkau membangkitkan kembali hamba-Mu, dan jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang-orang yang selalu dekat dan taat kepada-Mu. Amin. "
" Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah, didepan kita sekarang adalah Masjidil Haram tempat di mana terletaknya Kaabah, Arasy sekalian umat Islam di dunia. " suara Mutawwif memecah lamunanku.
Aku melihat daripada tingkap bas. Subhanallah! Ku lihat dengan mataku sendiri. Masjidil Haram yang tersergam indah dan bersinar-sinar. Cahaya putih yang memancar darinya menyinari persekitaran di sekeliling Masjid.
" Ya Allah, indah sungguh rumah-Mu ini Ya Allah! "
Subhahallah. Subhanallah. Berkali-kali hatiku mengucapkan tasbih kepada Yang Maha Esa. Air mataku mula bergenang. Rasa seperti mimpi, aku benar-benar sudah berada di Tanah Suci Mekah.
Dalam melayari perasaan terharu itu, tiba-tiba bas berhenti. Rupa-rupanya kami telah sampai di depan hotel tempat penginapan kami. Mutawwif menyarankan kami supaya melakukan solat jamak takhir di bilik hotel masing-masing. Waktu ketika itu hampir jam 12 malam. Abah mengarahkan keluarganya untuk bertemu di lobi hotel pada jam 12.30 malam.
Tepat jam 12.30malam, masing-masing sudah berkumpul di lobi. Kami mula mengatur langkah mengikut Abah dari belakang.
" Sambil berjalan, kita bertalbiah. " Abah mengajar.
" Labbaikallah Humma Labbaik, Labbaikala syari kalaka labbaik, Innalhamda, wanniqmata, Lakawalmulk, La syari Kallak "
" Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah, Hamba-Mu datang menyahut panggilanmu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu "
Kami berjalan sambil bertalbiah menyusuri jalan dan lorong-lorong, melalui kedai-kedai kecil. Kawasan di sekitar itu keadaannya sangat sederhana. Kami terus berjalan menuju ke Masjidil Haram. Dari jauh aku nampak Masjidil Haram itu bersinar-sinar. Sinarannya amat ketara sekali kerana kawasan selain Masjid agak suram dan malap.
Ketika hendak melangkah masuk ke dalam masjid, hati ku makin berdebar-debar. Suasana di dalam Masjid sangat tenang dan aman. Kakiku terus melangkah masuk sambil hati tidak putus-putus berdoa.
" Itu Kaabah. " bisik Mak sambil tersenyum kepada ku. 
Mataku terus menangkap sebuah bangunan bersegi berwarna hitam. Betul-betul berada di depan ku.
" Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar! "
Dan ketika itu juga airmataku deras mengalir. Selaju-lajunya. Ketika itu juga aku merasa diriku sangat kerdil di sisi Allah SWT. Tidak putus-putus aku berdoa kepada Yang Maha Esa.
Dalam tangisan, aku melakukan solat sunat Taubat. Dan ketika itu terasa banyaknya dosa yang telah ku lakukan sepanjang hidupku. Betapa jahilnya aku.
" Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-Mu yang hina ini. Satu-satu dosa yang telah kulakukan selama ini terbayang-bayang di dalam kepala. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku. "
Ku lihat adik-adikku juga merah matanya. Kakakku dan suaminya juga begitu, sembab mata mereka. Pada ketika itu, kami tidak bercakap langsung. Masing-masing dalam perantaraan dengan Allah SWT yang Maha Besar. Ya, antara diri dan Rabb.
" Kita tawaf. " kata Abah perlahan.
Aku mengikut rombongan kecil kami menuju kearah Kaabah yang tersergam indah di tengah-tengah Masjidil Haram.
Mataku tidak teralih langsung. Aku asyik menatap bangunan hitam empat segi itu dan ketika itu rasa seperti mimpi. Selama ini, Kaabah hanya kulihat dari bingkai-bingkai gambar yang tergantung di dinding rumah, atau di televisyen atau di lukisan di sejadah. Tapi kali ini aku melihat Kaabah dengan mataku sendiri. Betul-betul berada di depan ku. Pertama kali dalam hidupku.
Aku mula melakukan tawaf bersama-sama keluargaku. Di dalam tawaf aku asyik berdoa dan bertasbih kepada Allah SWT. Aku sangat kusyuk dengan doa-doaku tanpa kusedari aku terpisah daripada keluargaku semasa tawaf kelima. Selesai tujuh pusingan, aku terhenti betul-betul di hadapan Multazam iaitu Pintu Emas Kaabah. Ku lihat ramai lelaki-lelaki yang seperti melekat di situ. Ramai juga yang berdoa di situ. Pada ketika itu baru aku tersedar bahawa aku keseorangan.
Aku mulai mencari-cari wajah-wajah keluargaku namun tidak kutemui. Agak lama juga aku bersendirian. Sudahlah pertama kali berada disitu, tidak tahu kemana harus pergi. Risau mula menular dalam hati lalu aku berdiri betul-betul di depan pintu Kaabah dan menadah tangan berdoa.
" Ya Allah Ya Tuhanku, temukan lah aku dengan keluargaku. Amin. "
Selesai sahaja berdoa, seperti ada suara yang mengarahkan ku supaya menoleh ke kanan. Aku pun menoleh, Subhanallah! Benar-benar doaku termakbul, aku nampak Mak di sebelah Makam Ibrahim sedang melambai-lambai ke arah ku. Alhamdulillah. Dalam hati terdetik juga, bagaimana aku tidak nampak Mak disitu sedangkan jarak antara Makam Ibrahim dengan pintu Kaabah tidaklah jauh. Aku beristighfar.
Rupa-rupanya ahli keluargaku semuanya sudah berada di situ menunggu aku. Semua sudah bersedia untuk melakukan solat sunat tawaf. Aku pergi mendapatkan mereka. Usai solat, aku mula berdoa. Kala itu, sekali lagi terimbas kembali segala dosa-dosa sepanjang hidupku. Sungguh banyak kejahatan dan kemaksiatan yang telah aku lakukan selama ini..
" Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu yang hina ini. Peliharalah aku dari azab kubur dan azab api neraka-Mu Ya Allah. Kuatkanlah imanku dan tetapkanlah imanku. Sesungguhnya aku ini amat jahil Ya Allah, aku lupa dengan tanggungjawabku, aku hanyut dengan dunia. Terima kasih ya Allah kerana sudi menerimaku sebagai tetamu-Mu. Janganlah Engkau memesongkan hatiku setelah Engkau memberi hidayah ini kepadaku."
Aku berdoa betul-betul di hadapan Multazam. Ku pandang tepat ke arah Pintu Emas Kaabah. Sesekali mataku kabur dek kerana airmataku yang tidak henti-henti mengalir.
Usai solat, kami meneruskan rukun yang seterusnya, Sai'. Antara Safar dan Marwah aku berjalan ulang-alik. Berpeluh juga aku pada waktu itu. Namun semua itu tidak ku kisahkan, dalam hatiku bulat hanya kerana Allah yang Maha Besar. Cukup tujuh kali, kami tamatkan ibadah dengan bertahalul iaitu menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Maka terlepaslah aku daripada larangan ihram.
Abah tersenyum. " Alhamdulillah, tahniah anak-anak Abah. Kamu semua baru sahaja selesai Umrah wajib masing-masing. "
Aku saling berpandangan dengan adik-beradikku. Semua tersenyum. Alhamdulillah.
Hatiku berkata-kata sendiri.
Selama 28 tahun aku hidup, aku tidak pernah pedulikan agama suci Allah SWT ini. Aku hanya Islam pada nama namun corak hidupku tidak langsung mencerminkan Islam. Aku hanyut dengan dunia. Hanyut!
Ku pandang Abah dan Mak. Airmataku berlinang.
Terima kasih Abah kerana membawa anak Abah ke Tanah Suci Allah ini. Anak Abah ini sangat bersyukur kerana menerima jemputan dari Yang Maha Esa dan teramat bersyukur kerana Allah SWT memberi hidayah serta membuka mata hati ini untuk melihat kesucian Islam. Allah membuka hati anak Abah ini untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.
Alhamdulillah. Sesungguhnya, menjadi jemputan Allah SWT telah memberi aku satu titik peralihan dalam hidupku. Peralihan ke arah hidup yang berlandaskan syariat Islam. Semenjak pulang ke tanah air, aku telah mejadi insan yang baru. Menjalani hidup sebagai seorang Muslim yang sebenar, ku kekalkannya sehingga sekarang dan selamanya. Insyaallah.

Kita hambaNya yang dipilih

Assalamualaikum,

Apa khabar iman sahabat-sahabat hari ini???
Hari ini ingin saya mengajak sahabat untuk bersama-sama bermuhasabah kembali tujuan dan nikmat tarbiah yang Allah berikan kepada hambaNya yang dipilih iaitu KITA....

Sebentar tadi saya telah disapa oleh seorang akhwat UNISZA... satu mesej dari akhwat ini yang membuat saya berfikir sebentar dan turut bermuhasabah kembali...
" afwan ana terfikir. Dalam ramai2 budak kelas, nape ant tak ajak ...... @ ...... @ sapa2 sajela. Pakaian diorang lebih proper dari ana. Camana ant bleh pilih ana join usrah..."

ana terkenang kenapa ana mengajak dia.. Tapi setelah itu ana telah menelefon sahabat ini.. akhwat ini adalah salah seorang classmate ketika di matrik.. Sebenarnya saya turut mengajak seorang sahabat lain yang ditulis namanya tadi, tapi hidayah itu milik Allah dan perubahan yang ingin dibuat juga atas kehendak Allah.. Sahabat ini pernah ingin memakai tudung labuh tapi perubahan pada masa itu tidak berpihak padanya... 

Bersyukurlah kita kerana kita telah menjadi hamba Allah yang dipilih untuk membawa Islam yang benar, Dipilih untuk mengecapi nikmat tarbiah dan dipilih untuk bersama-sama memartabatkan Islam  di mata dunia.. Kenapa bukan TERpilih tapi DIpilih sebabbbb terpilih adalah secara tak sengaja tapi kita memang hamba-hambanya yang dipilih oleh Allah tapi masa dan saat perubahan itu sahaja yang berbeza..

Kisah seorang lagi sahabat ana yang pernah bertanya kepada ana kenapa dia tidak pernah diajak oleh ana ketika dia semester satu sedangkan ana kenal dengan dia dari sem satu.. cuma Allah mengerakkan hati ana dan memberikan keberanian kepada ana ketika semester empat... ingin ana katakan ana bukanlah seorang yang mampu mengajak semua orang tanpa mengira siapa dia.. ana perlu mengumpul kekuatan yang datangnya dari Pencipta yang Esa dan Yang menggerakkan hati hamba-hambanya... Sesungguhnya hati kita dipegang oleh Allah.. Allah yang menentukan saat perubahan diri kita kepada individu yang lebih baik dari sebelumnya.. CUMA kita perlu juga berusaha untuk ke arahnya janganlah mengharapkan ia datang dengan sendirinya.. 

Oleh itu, sahabat-sahabat ingin ana bawa antunna untuk sama-sama bermuhasabah kembali saat kita menerima tarbiah.. betapa beruntungnya kita kerana kita adalah hambaNya yang dipilih... Bersyukurlah...


Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus ISTIQAMAH di jalan NYA.. Untuk terus bergerak kerana ALLAH.. ucapan terima kasih kepada akhwat UNISZA ini yang memberi peluang untuk ana sama-sama bermuhasabah kembali proses tarbiah yang ana lalui ini... ana ingin kongsi sepatah kata yang dipetik dari seorang akhwat..

" Tarbiah itu dimulai dengan tasbih kafarah dan diakhiri dengan al-Fatihah "

Friday, April 1, 2011

Cucur sosej

Bismillah...

Pagi ini memandangkan saya ada tetamu khas maka saya mengambil kesempatan memasak cucur sosej... Selepas subuh terus memasak dengan itu saya berjaya melawan nafsu saya untuk tidur pada pagi itu... Oleh itu ingin saya kongsi bersama resepi ringkas ini..



BAHAN
- Tepung
- Sosej
- Kentang
- Bawang
- Garam
- Air

CARA MEMASAK
- Potong sosej, kentang dan bawang kecil-kecil agar mudah dimakan.
- Masukkan tepung dan bahan yang dipotong tadi.
- Seterusnya masukkan air dan garam mengikut kesesuaian.
- Sedia dimasak di dalam kuali yang panas.

Simple je kan... Jadi boleh la mencuba... Biasa kita masak cucur bilis, pisang, bawang, sayur...
Baru-baru ini kawan saya mengajak untuk memasak cucur betik agak pelik kedengarannya.. Tapi tidak tahu la bagaimana rasa nya sebab belum mencuba lagi...

Wednesday, March 23, 2011

Bestnyer sakit....

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran kepada tuhan yang terus memberi peluang untuk kita bernafas sehingga ke atas saat ini. Peluang yang kebanyakan orang lupa untuk mensyukurinya. Ayuh kita merenung kembali nikmat yang Allah kurniakan ini. Nikmat yang akan melalaikan orang yang mencintai nikmatnya kehidupan dunia, namun beruntunglah mereka yang sentiasa mensyukuri setiap nafas yang Allah kurniakan ini.

Insya allah, hari ini ana diberi kesempatan untuk mencoretkan sedikit dalam blog kesayangan. Kesibukan yang diharapkan dapat reda Ilahi. Amin... Kali ini ana ingin kongsi kisah ana...

Selalunya orang akan kata sakit tu tak best...menyakitkan...tension...dll... tapi ingin ana luahkan perasaan yang ana rasa apabila ditimpa sedikit ujian yang Allah telah aturkan agar ana terus tabah dan mensyukuri nikmat sihat sebelum ini.. Tanpa sakit kita lupa nikmat ini.. Tika menerima ujian ini satu sahaja yang ana teringat...

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang terdahulu sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (al-Ankabut: 2-3)

sama-sama kita renungkan firman Allah ini.. Adakah kita dalam golongan hamba-hambanya yang beriman  tatkala menerima sedikit ujian yang ingin melihat sama ada kita bersabar dengan uijian ini atau tidak.. Seandainya kita lupa untuk bersabar, kita lupa untuk mensyukuri dengan ujian ini check balik iman kita.. Semoga setiap dari kita dapat bersabar dengan ujian yang Allah berikan agar iman kita terus meningkat dari masa ke masa...

Allah juga berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286.
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya"

Seperti firman di atas, Allah dalam menguji hambanya Allah letakkan pada orang yang tepat, orang yang dapat menghadapinya... Janganlah kita persoalkan kenapa Allah timpakan ujian ini pada aku.. Orang lain tak kena pun... Ingatlah firman ini.. Moga kita sedia membebani sedikit ujian yang Allah timpakan pada kita semua.. BERSABARLAH sahabat...

Apabila ditimpa ujian think positif... agar kita dapat menerimanya dengan jiwa yang terbuka.. Apabila ditimpa ujian inilah kita baru nak balik pada Allah, Nak dekatkan diri dengan Allah, nak minta tolong pada Allah.. Tapi sekali lagi Allah mengalu-alukan permohonan pertolongan kita... Tak percaya.. Jom dengar firman Allah yang seterusnya..

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang ini amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (al-Baqarah :45)

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainnya dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal"
 (At-Taubah: 129)


Ana share sedikit kisah sakit ana sebentar tadi.. Pada 11 Mac 2011 yang lalu ana telah menjalani pembedahan kecil bagi membuang ketumbuhan yang ada.. sedikit nikmat yang ana terima saat ujian ini diberikan..
1) nikmat terus bernafas selepas dibius penuh (sebelum dibius takut sangat ana tidak dapat bernafas di muka bumi Allah lagi.. takut kerana amalan yang tidka cukup, iman yang down tatkala itu, dapat pula cuti dari Allah so takut sangat tika itu banyak kelalaian)
2) kasih sayang dari umi dan ayah (umi jaga saya dengan baik tatkala saya masih tidak larat selepas dibedah, ayah pun sedia mengorbankan masanya untuk menjaga dan menjenguk anaknya ini- THANKS UMI DAN AYAH)
3) nikmat ukhuwah akhwat2 kesayangan dan sahabat lain (sudi datang menjenguk ana di hospital sebelum dan selepas dibedah. Sentiasa memberikan kata-kata motivasi pada ana. Mengambil berat tentang ana selepas pembedahan dilakukan)
4) yang penting Allah berikan masa untuk ana berfikir kembali nikmat sihat sebelum ini, mengingatkan ana bahawa sakit ini Allah yang menyembuhkan.. Seandainya Allah menakdirkan ketumbuhan ini ada kembali selepas pembedahan ini kita kena sedia menerimanya.. Allah yang menjadikan sesuatu itu.. Ingat pembedahan ini hanyalah satu ikhtiar seandainya tatkala pembedahn ingin dijalankan tiba2 ketumbuhan ini tak boleh dibuang Allah boleh lakukannya dengan mudah sahaja..



ALHAMDULILLAH... Terima kasih semua atas perhatian kalian...

Pengalaman yang menarik buat diriku.. First time masuk hospital.. Best juga... hihihi

Wednesday, March 2, 2011

Mengali Ilmu

Bismillah pembuka bicara post untuk bulan mac ini...

Semalam di KHAR telah diadakan sebuah forum yang telah dipanelkan oleh pasangan yang tidak asing lagi dalam dunia hari ini... Ustazah Bahyah dan Ustaz Wan Aqasyah... Bersempena dengan sebuah karnival yang diadakan KHAR.... Tajuk forum pada hari ini MERAIH ILMU, SELUAS LAUTAN.. Ingin saya kongsi serba sedikit dari forum ini...

" katakanlah (Muhammad),'seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)'" (al-Kahf : 109)

firman Allah dalam surah Luqman ayat 27 juga mengatakan hal di atas..

sesungguhnya majlis-majlis ilmu ini merupakan taman-taman syurga yang harus direbut oleh semua orang.. Namun ramai masyarakat hari ini tidak merebut untuk bersama-sama dalam taman-taman syurga ini..


Sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan (riwayat Ibn Majah)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa baginda adalah kota ilmu dan Saidina Ali adalah pintunya.. seorang sahabat pernah menduga Saidina Ali.. beliau bertanya antara ilmu dan harta yang mana satu dikehendakinya?

Ilmu VS harta
- ilmu akan sentiasa bertambah kalau diberi pada orang lain, tetapi harta semakin berkurang apabila diberikan.
- Ilmu akan sentiasa menjaga kamu, sedangkan harta kamu yang terpaksa menjaganya
- ilmu tidak boleh dicuri tetapi harta dengan mudahnya akan dicuri.

mengikut Imam Al-Ghazali dan Azrani' 8 perkara yang boleh menumpulkan ilmu.
1) Banyaknya dosa
2) Makan makanan yang syubhah
3) Tidak mohon keredhaan ibu bapa
4) Suka pada hiburan
5) Banyak tidur
6) Banyak Makan
7) Banyak berkhayal
8) Tidak hormat guru

7 Tips untuk memudahkan ingatan
1) solat 5 waktu dan bangun malam
2) Sentiasa berwuduk
3) Bertaqwa kepada Allah
4) Hormat guru
5) Jauhi maksiat
6) Berbuat baik kepada ibu bapa
7) Banyakan berdoa.



namun kawan-kawan ingin saya tekankan bahawa kita perlulah mencari ilmu dunia dan akhirat.. Jangan kerana sibuk membuat assignment kita tidak berkesempatan meluangkan masa kita kepada ilmu akhirat.. Walaupun sebenarnya kita tahu bahawa ilmu akhirat juga penting untuk digali bersama... carilah ilmu tanpa mengira bidang dan minat... Ikhlaskan hati agar niat kita untuk menuntut ilmu hanya mencari keredhaan Allah..

sekadar perkongsian dari forum bersama Ustazah Bahyah dan Ustaz Wan Aqasyah.. Banyak lagi yang disampaikan tapi sekadar ini sahaja yang dapat dikongsi..

Wednesday, February 2, 2011

Syabab Musafir Kasih

Dengan nama Allah kita mulakan sesuatu itu agar diperoleh rahmat dan berkatnya...

    Hari ini bermula pukul 4pagi sehingga 10pagi aku telah menghabiskan bacaan novel SYABAB MUSAFIR KASIH yang telah dikarang oleh seorang novelis yang tidak asing lagi iaitu Fatimah Syarha... Novel ini sungguh-sungguh meningkatkan kembali jiwa-jiwa yang sedang melemah, jiwa-jiwa yang penah lelah dalam berjuang dibangkitkan.. Sebuah novel yang menceritakan keperitan seorang kanak-kanak yang bernama Syabab dalam mencari sebuah erti kasih sayang.. merupakan anak yatim dan bongsu dalam keluarganya.. Sering dihina oleh orang kampung kerana perwatakannya yang pengotor, nakal kerana ingin mencuba sesuatu, dan lasak.. Sering dibuli oleh abang-abang dan kakak-kakaknya... Namun ia tetap tabah meneruskan kehidupannya. Kak Zah merupakan suatu nama yang amat disayangi sosoknya oleh Syabab.. Berpekerti mulia malah kak Zah sahaja yang menyayangi dan sedia membimbingnya... Bagi kak Zah, Syabab merupakan seseorang yang mempunyai potensi yang tinggi seandainya dididik dan diasuh dengan sebenarnya.. setelah kak Zah melanjutkan pelajarannya di bumi Anbiya.. Syabab merasa amat sedih.. 6tahun lamanya ditinggalkan... Sepanjang 6 tahun pelbagai perkara telah berlaku pada Syabab.. Hidupnya kini berkawan dengan geng Majid yang dahulunya pernah membulinya.. Namun suatu kebanggaan bagi kanak-kanak yang baru mencecah ke alam remaja tatkala usianya mencecah 13 tahun ia telah bergelar pengusaha lembu.. Walaupun hanya sekadar menjaga lembu orang kampung... Novel ini selanjutnya mengisahkan bagaimana Syabab mencari dirinya kembali.. Perjuangannya dalam mengali ilmu bagi memartabatkan remaja-remaja kampungnya agar menjadi qudwah pada umat hari ini.. Perjuangan yang memerlukan pengorbanan... Namun hati yang telah bersih dan beriman tetap meneruskan perjuangan agar ianya tidak berhenti di pertengahan jalan.. Untuk pengakhiran novel ini baca sendiri.. Agar kita sama-sama merasa bersemangat seperti mana semangat Syabab dalam membantu umat Islam sekelilingnya kembali taat akan perintah Allah...