Thursday, September 30, 2010

Qalbun Salim

Bedah Buku dari "Generasi Muda dan Perubahan" karya Fathi Yakan

Tanda-tanda Hati yang Hidup


1. Hati yang cenderung kepada dorongan baik dan ingatan ke arah hidayah. Firman Allah dalam surah al-ANafal ayat ke 2:
    " Orang2 yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat2 nya bertambahlah keimanan mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertaqwa"

2. Tegas di dalam perkara berhubung dengan agama dan berani pada jalan kebenaran. Dalam sabda Rasulullah saw :- bagi Allah dibuminya ada bekas iaitu hati. Maka yang paling dikasihi Allah ialah orang yang lembut dan bersih iaitu hati yang keras adalam agama, bersih dalam keyakinan dan lembut terhadap saudara2nya.

3. Takutkan Allah dan apa sahaja yang dimurkainya iaitu dengan menjauhkan diri dari segala larangan dan maksiat. Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat ke 201:-
 "Bahawasanya orang2 yang bertaqwa apabila ditimpa was2 dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga ia melihat kesalahan-kesalahannya."

4. Tidak ada hasad dengki dan menipu.

5. Penyerahan diri kepada Allah dalam semua keadaan.


Oleh itu kita perlu pastikan bahawa hati kita sentiasa hidup.. orang2 yang beriman adalah orang2 yang menjaga hatinya dari maksiat.. apabila terdapat dosa2 yang kita lakukan sama ada secara sedar mahupun tidak bersegeralah bertaubat dan jangan cuba diulangi kembali kesalahan yang lalu.. jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini... semoga kita sama-sama dapat melepasi ujian2 duniawi ini bagi memastikan hati kita sentiasa bersih.. Insya Allah

Sunday, September 26, 2010

NOSTALGIA

Nostalgia

Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com



Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

video


Aku merinduimu wahai sahabatku... 
saat kita bersama-sama mengali ilmu duniawi dan ukhrawi, 
Ilmu yang akan sama-sama kita manfaatkan buat umat kini,
umat yang Rasulullah rindui,
moga sama-sama kita mengotakan janji,
ku amat merinduimu ya ukhti...