Thursday, December 2, 2010

LEBAH OH LEBAH

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Lebah adalah merupakan salah satu serangga yang ditakuti oleh ramai orang. Kebanyakan orang akan cuba mengelak daripada menjumpai lebah. Tapi pernah diri kita ini terdetik untuk belajar sesuatu daripada serangga ini. Mari sama-sama kita kaji kelebihan dan manfaat yang kita dapat peroleh daripada serangga ini. Dalam ajaran  Rasulullah sendiri menasihatkan agar selalu mencontohi resmi lebah.

Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)




Tidak merosakkan tempat yang dihinggapi


Serangga ini sering kali dilihat berterbangan terutamanya berhampiran bunga. Walaupun dimana sahaja badan kecil serangga ini hinggap, ia tidak akan merosakkan tempat tersebut. Madu yang diambil daripada bunga merupakan antara pekerjaan serangga kecil ini. Meskipun demikian, bunga atau dahan tidak pula rosak.

Sikap ini kita perlulah contohi. Walaupun kemana sahaja kita pergi janganlah kita merosakkan tempat tersebut. Sama ada merosakkan tempat itu secara fizikal mahupun dengan akhlak kita yang buruk. Kita juga seharusnya bijak menyesuaikan diri kita dengan tempat yang kita pergi. Sebaik-baiknya kita malah memberikan kebaikan pada tempat tersebut.

Keluar dan Ambil yang baik sahaja

Satu lagi sikap serangga kecil ini, ia hanya akan mengambil dan mengeluarkan yang baik sahaja iaitu madu. Seperti yang semua orang ketahui bahawa madu memberi banyak kelebihan kepada kita. Inputnya baik, outputnya juga baik. Kerana kelebihannya mengeluarkan madu ini, Allah sebutkan dalam ayatnya yang suci. Lebah tidak pernah keliru dalam mengeluarkan madu. Ia hanya mengeluarkan madu sahaja daripada tubuhnya bagi kegunaan kita.

Begitulah juga yang seharusnya kita cuba terapkan dalam diri kita. Kita hanya mengambil sesuatu yang baik dan juga memberikan yang terbaik kepada orang lain. Oleh itu, insya Allah kita akan menjadi hamba Ilahi yang bermanfaat pada dirinya dan orang lain.


Tidak menganggu 

Lebah tidak akan menganggu binatang atau makhluk lain. Hanya apabila diganggu sahaja lebah ini akan menuntut bela. Tidak peliklah apabila sering kita dengar orang kena sengat lebah kerana dia menganggu sarang lebah ini. Walaupun makluk yang menganggunya terjun ke dalam air, ia akan tetap tunggu di atas bagi menuntut maruahnya yang telah diganggu.

Apabila kita bergaul dengan masyarakat sekeliling janganlah kita menjadi orang yang menganggu orang lain. Namun demikian, apabila orang menganggu kita seperti menyebarkan fitnah kita perlulah berani untuk berhadapan dan mempertahankan diri kita kembali. Sikap musuh tidak dicari tetapi apabila berhadapan janganlah gentar perlulah dicontohi.

Hidup berjamaah

Lebah akan hidup secara beramai-ramai dan diketuai oleh seorang pemimpin. Apabila menghadapi bahaya lebah akan mengeluarkan sejenis bahan kimia bagi memberitahu keadaan bahaya tersebut agar sahabat-sahabatnya berjaga-jaga dengan bahaya tersebut ataupun bagi memberitahu ia dalam bahaya. Apabila mendapati suatu tempat itu mempunyai madu, ia akan memberitahu pada yang lain. Betapa kuatnya hubungan serangga kecil ini.

Dalam kehidupan seharian kita, kita amat memerlukan orang lain untuk sama-sama memakmurkan bumi Allah ini. Itulah pentingnya untuk kita hidup dalam bermasyarakat. Janganlah kita menjadi seorang yang individualistik yang hanya memikirkan kepentingan kita.

Kesimpulan

Ambillah pengajaran yang Allah berikan dalam setiap ciptaanNYA. Banyak lagi binatang yang boleh kita ambil untuk dicontohi sikapnya atau tabiatnya. Seperti yang kita ketahui bahawa dunia ini hanya senda gurau dan permainan ( Al-Hadid ayat 20) namun seandainya kita manfaatkan kehidupan dunia ini untuk mencari hikmah pasti ia berguna.


 




Mari sama-sama kita contohi resmi lebah ini.

Monday, November 22, 2010

penulis yang baik

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.
Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.

~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

Tuesday, November 2, 2010

perkongsian

In The Name Of Allah

Post kali ini berkisar apa yang telah saya dan beberapa rakan lain telah peroleh sesuatu yang bermakna dari seorang akhwat.. walaupun kami sembang sampai pkul 2 pagi tapi bagi saya ia amat bermakna.. terima kasih ukhti Mas.. semoga kita akan bertemu lagi dan lebih banyak yang dapat dikongsi bersama..

Malam itu kami membincangkan tentang permasalahan anak halaqah kami.. Pelbagai masalah yang dibincangkan antaranya komitmen mereka terhadap halaqah dan program, masalah jawatan, karat-karat jahiliah yang masih bersisa walaupun telah lama ditarbiah, perlunya menyampaikan dan banyak lagi.. Kak Mas  bertanya kepada kami adakah murabiah mereka ini telah memberi penjelasan/ kefahaman yang cukup jelas kepada mereka ini.. Kami pun reflect balik diri masing-masing... Rupanya semua permasalahan ini berpunca dari kami.. Kami tidak memberi penjelasan dan kefahaman kepada mereka.. Kami terlalu takut untuk meletakkan beban kepada mereka sedangkan mereka mampu untuk mengalasnya.. Kami terlalu manjakan mereka sehingga mereka merasakan halaqah dan program yang diatur khas pada mereka ini hanya sekadar program biasa..

Salah siapa???
Murabiah atau mutarabbi?

Setelah berkongsi agak lama banyak la pengalaman yang dapat dikongsi oleh kak Mas..
Antara yang beliau telah lakukan kepada mutarabbinya..

1) Tegas dalam memberi arahan.. Jangan takut.. tapi dalam memberi arahan perlulah memberi penjelasan kepada mereka setiap arahan itu.. Penting juga untuk disusuli dengan tunjuk ajar bagi setiap arahan tersebut..


2) Kreatifkan halaqah... tempat halaqah dipelbagaikan... Aktiviti halaqah pun boleh dipelbagaikan.. Jangan sampai mereka tertekan bila datang halaqah..


3) Dalam memberi bahan / berkata biar sampai mereka terasa.. Tapi biar la terasa yang bermakna (ayat kak Mas).. 


4) Banyakkan dakwah fardiyah... walaupun mereka terasa dengan apa yang kita sampaikan tapi mereka boleh terima..

Banyak lagi yang dikongsi tapi inilah yang dapat saya simpulkan... Tapi bagi saya sebagai murabiyah kita jangan pernah rasa lelah walau macam mana pun perangai mutarabbi kita.. Kita kena cuba fahami mereka.. Dan kena beri kefahman kepada mereka.. Jangan takut untuk bagi mereka terasa dalam penyampaian kita.. Tujuan kita adalah untuk membina mereka agar mereka boleh dimanfaatkan buat dakwah.. terasa itu bertujuan untuk bagi mereka sedar akan kesilapan mereka.. seandainya terlalu berlapik mereka ini susah untuk fahami apa yang cuba ingin disampainkan..

Jazakillah Ukhti.. Perkongsian yang cukup bermakna... Pentingnya banyak berinteraksi dengan akhwat luar.. Banyak perkongsian yang boleh diperoleh..

Tuesday, October 26, 2010

Selamat study

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih


 BELAJAR KERANA ALLAH

belajar kita kerna apa???
mari kita refresh kembali niat kita kembali..
niat belajar kerana Allah walaupun Malaysia ni exam oriented
namun ingatlah teman kalau kita belajar kerana Allah
pasti ilmu itu mudah jer nak masuk
kita study pun rasa best jer
IKHLAS katakan..
bila kita buat dengan hati yang ikhlas pasti kita rasa seronok untuk melakukannya
so apalagi sama-samalah kita mengikhlaskan kembali niat kita agar kita belajar ni kerana Allah dan bagi memartabatkan kembali ISLAM di mata dunia

UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG
HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM
JANGAN BUANG MASA
SIAPA KATA KITA TIDAK BOLEH
KITA ADA ALLAH MAHA KUASA
KITA PUNYA KUASA TENAGA
DOA SEBAGAI SENJATA
UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH

Baju di jemuran

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih

Hari ini ku sidai baju seperti biasa... Apabila petang ku tidur sebentar bagi menghilangkan penat dan bagi mengembalikan kembali tenaga. Lagipun sunnah rasul tidur qailullah.. tapi janji jangan lama sangat tidur nya..
Nak dijadikan ceritanya hujan la ketika saya tidur.. dah terbangun tu terfikir kain yang kat luar sudah kering tapi tak angkat lagi.. jadi bila hujan nampaknya basah la kembali baju-baju ku.. di atas katil ku terfikir ruginya tak angkat tadi.. di atas katil ku juga terfikir tak guna nak menyesal... di atas katil ku terfikir bahawa macam tu la nyawa kita bila nak ditarik kelak.. Allah tak menangguhkan sedikit pun apabila nyawa hambaNya ingin ditarik kembali.

" Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan) tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dengan sepengetahuanNya. Dan tidak dipanjangkan umur seseorang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Lauh Mahfuz). Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah." (surah Fatir : Ayat 11)

Itulah yang sempat ku fikir tatkala ku mengenangkan baju ku yang telah basah.. Alhamdulillah Allah masih memberi nyawa kepada ku agar ku merenung kembali fitrah penciptaan kita dimana kita pasti akan dipulangkan kembali kepada Pencipta. Sama-sama lah kita merenung kembali.. Manfaatkanlah masa yang kita ada di dunia ini sementara masih diberikan nyawa.. agar kita tek kecewa macam mana saya kecewa kain saya basah kembali dek kerana kelalaian saya..



Ku pun mengangkat kembali baju yang telah basah itu untuk dibasuh semula.

Monday, October 25, 2010

Perhiasaan Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم



" Orang kafir itu kadang-kadang (nanti di akhirat) menginginkan, sekiranya mereka dahulu (di dunia)menjadi orang muslim. Biarkanlah mereka (di dunia itu) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong) mereka. kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya)." (surah al-Hijr : ayat 2-3)

Allah telah berfirman dalam kalamNya bahawa orang kafir itu lalai dengan nikmat-nikmat dunia yang Allah limpahkan pada mereka. Sebab itu kita jangan pelik kenapa orang cina banyak yang kaya dibandingkan orang Melayu. Allah kurniakan nikmat kekayaan itu semata-mata untuk melalaikan mereka dengan angan-angan kosong.

Namun begitu kita jangan sekadar pandang bahawa kekayaan itu sahaja yang melalaikan kita di dunia ini. Allah telah berfirman bahawa :
" Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan." (surah al-Kahf : ayat 46)

Memang tidak dinafikan bahawa kita perlukan harta dan anak-anak dalam kehidupan kita di dunia ini. Tanpa harta bagaimana kita ingin belajar untuk menegakkan agama tercinta kita. Tanpa harta bagaimana kita ingin membeli makanan bagi memberi tenaga kepada kita untuk menunaikan ibadah kepadaNya. Harta itu penting tapi jangan kita lalai dengan kenikmatan harta yang telah Allah limpahkan kepada kita. Anak-anak/keluarga juga sangat penting dalam kehidupan kita di dunia ini. Tanpa ibu kita tidak akan dilahirkan kerana kita bukan seperti Nabi Adam yang diciptakan oleh Allah. Tanpa ayah juga kita tidak akan dilahirkan kerana kita bukan seperti Nabi Isa yang dilahirkan tanpa bapa oleh ibunya Maryam. Anak-anak/keluarga itu penting namun jangan kita lalai dengan kenikmatan yang telah Allah berikan ini.

Firman Allah dalam surah at-Taubah : ayat 24 :-
" Katakanlah, "Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang telah kamu usahakan, perdagangan yang telah kamu khawatirkan kerugiaannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang telah kamu sukai, lebih kamu cintai dari pada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik."

Kita perlu bijak yang mana harus dikejar DUNIA atau AKHIRAT. Tapi... janji Allah itu benar.

" Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambahkan keuntungan itu baginya dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat" (surah asy-Syura : ayat 20)

Di sini terang lagi bersuluh bahawa Allah mengatakan apabila kita mengejar akhirat kita akan ditambahkan keuntungan. Namun apabila kita mengejar dunia kita akan mendapat dunia semata-mata. Jangan jadi seperti kata pepatah melayu " Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Sebabnya kita tak pasti apabila kita mengejar dunia adakah kita akan memperolehnya.

Oleh itu, sama-samalah kita mengejar keuntungan di akhirat. Jangan biarkan diri kita tertewas dengan perhiasan dunia yang telah tersedia di depan mata. Sememangnya ganjaran pahala itu kita tak mampu lihat tapi yakinlah kita dengan janji Sang Pencipta.

Sunday, October 24, 2010

APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN



Kamus dewan mentafsirkan ‘ajar’ sebagai petunjuk supaya diketahui sebagai bimbingan atau panduan untuk melakukan sesuatu. Perkataan mengajar pula didefinisikan sebagai menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain; mendidik atau melatih. Berdasarkan kedua-dua perkataan inilah maka terbitnya perkataan ‘pengajaran’ sebagai perihal mengajar atau segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Dalam kata lain, pengajaran membawa erti satu proses kegiatan membimbing dan mengarah proses pengajaran bagi membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan sikap baru.
Seni pula merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Terdapat pelbagai jenis seni yang diperkenalkan pada hari ini. Antaranya adalah seni teater, seni lukis, seni visual, seni muzik, seni ukiran, seni tarian dan lain-lain. Pelbagai jenis seni boleh diaplikasikan dalam suatu proses pengajaran bagi menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
Seni dalam pengajaran memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran. Hal ini dapat menarik minat mereka untuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang mengembirakan. Dalam mengaplikasikan seni dalam pengajaran bidang-bidang kurikulum yang lain mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antaranya, pelajar berpeluang untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan masalah secara langsung. Aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. Selain itu, aplikasi seni dalam pengajaran ini dapat menampung kepelbagaian aktiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah secara tidak langsung akan mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.
Dalam proses mengaplikasikan seni dalam pengajaran kebiasaannya menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan guru dan pelajar. Professor Dr. Mel Silberman dari Temple University pernah berkata, “Hanya pembelajaran yang bersifat aktif sahaja yang akan menghasilkan pengalaman pembelajaran yang berkesan”. Pendekatan ini melibatkan komunikasi dua hala. Antara aktiviti seni yang melibatkan pendekatan ini seperti lakonan dan nyanyian. Pelajar akan diminta untuk melakonkan beberapa watak dalam sesuatu lakonan. Manakala nyanyian pula kebiasaannya akan dimulakan oleh guru dan diikuti oleh pelajar dalam menyampaikan sesuatu lagu itu. Hal ini bukan sahaja dapat menarik minat pelajar malah akan menghasilkan proses pembelajaran yang mengembirakan.
Pelbagai teknik yang digunakan oleh seorang guru dalam member kefahaman kepada pelajarnya. Teknik main peranan amat berkait rapat dengan seni iaitu seni lakonan. Teknik ini merupakan lakonan yang sengaja diadakan bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan. Kebiasaannya teknik ini melibatkan beberapa orang pelajar bagi melakonkan watak tertentu tanpa menggunakan skrip yang dirancang. Apabila pelajar dilibatkan dalam aktiviti pengajaran, ia akan meninggalkan kesan pengalaman pembelajaran yang cukup bermakna. Setelah berakhirnya lakonan, guru perlu membincangkan persembahan yang telah pelajar-pelajar lakukan dan perkaitannya dengan isi pengajaran.
Proses pengajaran dan pembelajaran perlu menggunakan media pengajaran yang bersesuaian dengan isi pembelajaran dan teknik mengajar yang diguna pakai. Media pengajaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu media bukan cetak dan media cetak. Antara media pengajaran yang digunakan dalam mengaplikasikan seni ialah filem, video, cakera video interaktif, lukisan, carta, kartun, poster, graf, model, boneka, alat paparan,pita audio dan lain-lain. Media pengajaran amat membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Seni dalam pengajaran dapat memberikan keseronokan kepada pelajar. Hal ini kerana pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.
Seni dalam pengajaran menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktiviti-aktiviti seni. Ini akan membantu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.
Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahan ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada seni dalam pengajaran. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Disamping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluahkan perasaan terhadap ekspresi diri.
Kesimpulannya, aplikasi seni dalam pendidikan amat membantu pelajar bagi menghasilkan pembelajaran yang kreatif, inovatif, menyeronokkan dan difahami oleh pelajar. Selain itu ia turut membantu guru dalam proses memberi kefahaman kepada pelajar kerana dengan mengaplikasikan seni dalam pengajaran ia bukan sahaja menghasilkan pembelajaran yang menggembirakan kepada pelajar malah memberi pengalaman yang bererti kepada pelajar.

RUJUKAN
Mohd Razali Kamarudin (2010). Mudahnya untuk Mengajar. Shah Alam: Alaf 21 Sdn. Bhd.
Lakonan (2010). Diperoleh pada Oktober 22, 2010 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Lakonan.
Muzik  (2010). Diperoleh pada Oktober 22, 2010 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzik.
Seni dalam Pendidikan (2009). Diperoleh pada Oktober 22, 2010 daripada
http://ghirlygz.blogspot.com/2009/08/koleksi-assignment
                                                         

Sunday, October 17, 2010

WAYANG KULIT

Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka.
Ia merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi Thailand,Malaysia dan Indonesia, yang terutama berkembang di Phattalung wilayah selatanThailand,Jawa dan disebelah timur semenanjung Malaysia seperti di Kelantan dan Terengganu.
Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden.
Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.
Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat.
Wayang Kulit di Malaysia
Di Malaysia sahaja terdapat empat jenis persembahan wayang kulit iaitu Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) dan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam). Kesemua empat jenis wayang kulit ini hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.
Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.
Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita-cerita Panji. Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati.
Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Ia menggunakan loghat Jawa.
Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Ia menggunakan loghat utara (kedah-Perlis). Dua watak utama ialah Etong dan Ekau. Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.