In The Name Of Allah
Post kali ini berkisar apa yang telah saya dan beberapa rakan lain telah peroleh sesuatu yang bermakna dari seorang akhwat.. walaupun kami sembang sampai pkul 2 pagi tapi bagi saya ia amat bermakna.. terima kasih ukhti Mas.. semoga kita akan bertemu lagi dan lebih banyak yang dapat dikongsi bersama..
Malam itu kami membincangkan tentang permasalahan anak halaqah kami.. Pelbagai masalah yang dibincangkan antaranya komitmen mereka terhadap halaqah dan program, masalah jawatan, karat-karat jahiliah yang masih bersisa walaupun telah lama ditarbiah, perlunya menyampaikan dan banyak lagi.. Kak Mas bertanya kepada kami adakah murabiah mereka ini telah memberi penjelasan/ kefahaman yang cukup jelas kepada mereka ini.. Kami pun reflect balik diri masing-masing... Rupanya semua permasalahan ini berpunca dari kami.. Kami tidak memberi penjelasan dan kefahaman kepada mereka.. Kami terlalu takut untuk meletakkan beban kepada mereka sedangkan mereka mampu untuk mengalasnya.. Kami terlalu manjakan mereka sehingga mereka merasakan halaqah dan program yang diatur khas pada mereka ini hanya sekadar program biasa..
Salah siapa???
Murabiah atau mutarabbi?
Setelah berkongsi agak lama banyak la pengalaman yang dapat dikongsi oleh kak Mas..
Antara yang beliau telah lakukan kepada mutarabbinya..
1) Tegas dalam memberi arahan.. Jangan takut.. tapi dalam memberi arahan perlulah memberi penjelasan kepada mereka setiap arahan itu.. Penting juga untuk disusuli dengan tunjuk ajar bagi setiap arahan tersebut..
2) Kreatifkan halaqah... tempat halaqah dipelbagaikan... Aktiviti halaqah pun boleh dipelbagaikan.. Jangan sampai mereka tertekan bila datang halaqah..
3) Dalam memberi bahan / berkata biar sampai mereka terasa.. Tapi biar la terasa yang bermakna (ayat kak Mas)..
4) Banyakkan dakwah fardiyah... walaupun mereka terasa dengan apa yang kita sampaikan tapi mereka boleh terima..
Banyak lagi yang dikongsi tapi inilah yang dapat saya simpulkan... Tapi bagi saya sebagai murabiyah kita jangan pernah rasa lelah walau macam mana pun perangai mutarabbi kita.. Kita kena cuba fahami mereka.. Dan kena beri kefahman kepada mereka.. Jangan takut untuk bagi mereka terasa dalam penyampaian kita.. Tujuan kita adalah untuk membina mereka agar mereka boleh dimanfaatkan buat dakwah.. terasa itu bertujuan untuk bagi mereka sedar akan kesilapan mereka.. seandainya terlalu berlapik mereka ini susah untuk fahami apa yang cuba ingin disampainkan..
Jazakillah Ukhti.. Perkongsian yang cukup bermakna... Pentingnya banyak berinteraksi dengan akhwat luar.. Banyak perkongsian yang boleh diperoleh..
No comments:
Post a Comment