Thursday, January 27, 2011

sambil menyelam minum air

Hari ni saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya membuat assignment... Assignment kali ini saya n kawan-kawan kena adakan bengkel untuk subjek minor kami iaitu perakaunan awalan. So saya, husna, linda dan rekha telah memulakan perjalanan kami sebaik sahaja kelas pengantar pengurusan. Dalam pukul 1.00ptg kami pun memulakan perjalanan kami ke Jeram, Selangor. Hari ini matlamat kami nak cari bakal-bakal peserta bengkel. setelah sampai di rumah Rekha, kami solat dan berehat terlebih dahulu. Pukul 3.30ptg kami memulakan pencarian peserta kami. Kami pun pergilah ke tepi pantai untuk mencari peserta. Tapi sayang hari ini tak ramai pulak yang berniaga. Tapi tak pe kami cuba untuk mengajak peniaga2 yang ada. Peniaga sasaran kami yang pertama ialah seorang mak cik. Dia menjual air dan makanan ringan. Setelah itu dua orang pak cik yang sedang berniaga makanan laut. Waktu tu la first time tengok siput sedut hidup  dan barai.. Lepas tu kami jalan lagi, jumpa la seorang peniaga yang menjual alat permainan. Mula-mula cakap dengan dia takut je rasanya.. nampak garang tapi rupanya dia seorang yang menghargai apa yang kami lakukan.. last sekali seorang mak cik yang jual kerang. Tapi dia tak berapa minat jadi dia suruh anak dia yang pergi ke bengkel kami.. asalnya kami nak cari lagi peniaga2 yang ada.. sampai hujung pantai kami cari tapi semua tak buka kedai.. Nampaknya 5 orang sahaja yang dapat kami ajak..

inilah dia barai


ini pula siput sedut.. Biasa makan tapi sekarang ni tak reti makan dah...











    Dah sampai hujung pantai kami pun apa lagi kutip la kulit siput sambil melihat ciptaan Allah yang amat luas.. Peserta tak jumpa keje lain la jadinya...  inilah hasil kutipan kami.. Lepas itu masing-masing lapar sebab belum makan tengahari lagi.. Jadi kami singgah sebentar di Aroma Ikan bakar.. Banyak sangat kami makan.. Ikan bakar, kerang bakar, tom yam, sotong masak pedas, ketam rebus, telur dadar dan semestinya dengan nasi putih.. habis dekat RM15 sorang jugak la.. Tapi tak pe berbaloi-baloi... sedap..



    Lepas maghrib kami pun berangkat pulang tapi kali ni rekha tak ikut dah.. Dia dah balik kampung la kiranya.. Sebelum pulang ke Tanjong Malim sekali lagi kami singgah sebentar mengambil angin.. Kami telah pergi tengok kunang-kunang atau istilah biasanya kelip-kelip... Subhanallah... Banyak sangat kelip-kelip.. kelip-kelip ni banyak hinggap kat sejenis pokok.. Nama pokok nya merembang.. banyak sangat kat tepi sungai kuala selangor ni.. Kami pergi tengok kelip-kelip dengan sampan... Best sangat.. Malam itu pulak dekat langit banyak sangat bintang.. kat pokok bercahaya kat langit bercahaya.. Subhanalah sungguh cantik ciptaan Allah..

Setelah habis melihat kelip-kelip dan membeli cendaramata kami pun meneruskan perjalanan kami ke Tanjung Malim. Kali ni husna pula drive.. Tapi nak dijadikan suatu pengalaman kami sesat pulak.. last2 terlajak sampai ke Rawang.. Mula2 gelabah juga la sebab jalan yang kami lalu gelap sangat dengan bersimpang siur nya... Tawakal je... Akhirnya kami tembusnya jugak.. Hampir sahaja kami U turn balik nak p cari jalan asal.. Tapi atas nasihat Linda, dia cakap jangan patah balik nanti nampak sangat kita ni sesat jalan.. Akhirnya kami pun sampai ke Khar pukul 11.10malam.. Hari yang memenatkan tapi amat menyeronokkan.. Sambil buat assignment sambil jalan-jalan timba pengalaman...

pangajaran dari pengalaman 
* kalau sesat rileks sudah .. bertenang jangan gelabah...
*bergaul dengan masyarakat.. macam mana nak attarct peniaga ni untuk join bengkel kami.. satu skill yang dapat dipelajari hari ini.
*kelip-kelip banyak kat pokok merembang.

Monday, January 24, 2011

Tertinggal lagi...

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih..

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (surah al-Insyirah : ayat 5-6)

Pada 23 januari 2011, ana telah balik kampung kerana hari ahad ada kelas DARUSSYIFA'. Seperti biasa ana membeli tiket kereta api lebih awal. Tiket pada pkul 4.22petang. Pada paginya ana bersama teman-teman pergi kelas silat. Ana fikir punya fikir macam mana nak solat asar. Jadi ana ambil keputusan untuk berehat di BT sementara menunggu pkul 4ptg. Sementara menunggu ana menghafal ruqyah yang akan ditasmik esok. Hafal punya hafal entah macam mana mata ni tertutup rapat pula. Sedar-sedar dari tidur apa lagi cari jam. Tengok punya tengok rupanya dah pukul 4.20ptg. Ana tawakal je pada waktu harap sangat keretapi ni "delay", selalunya pun mmg delay.. Tapi Allah ingin menguji hambanya ini, hari ini kereta api ni on time plak. So apalagi ana telah terlepas lagi tren buat kedua kalinya dalam hidup ana..

Cari jalan

     Ana cuba cari jalan. Dengan duit dah kosongnya.. Ana pun pergi la mencocok duit terlebih dahulu sebelum meneruskan usaha untuk pulang ke kampung. Setelah ambil duit tengok pula kat bank ada penambahan RM250.. Terfikir sebentar, mana datang pula duit ni.. Oh baru ana ingat bendahari masuk RM250 sorang sebelum menunggu PTPTN masuk.. Ana pun terus memandu menuju ke pekan dengan harapan ada bas ke Ipoh. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan buat ana. Ana dapat la membeli tiket bas pukul 5.00ptg.. Satu masalah lain pulak mana nak letak kereta ni.. Takkan nak biar kat pekan pulak. Kalau kat ktmb gagah lagi la nak tinggalkan kereta semalaman... Ana pun cuba mendapatkan pertolongan akhwat. Jadi ana tinggalkan kereta kat situ nanti akan ada akhwat yang ambil kereta... Kunci nak letak kat mana pulak agar akhwat ni boleh bawa balik kereta.... Fikir lagi... ana pun dapat satu idea... ana pun telah menyorokkan kunci kereta pada suatu tempat yang berhampiran.. Tawakal je pada Allah... Harap-harap tak jadi apa-apa la... Alhamdulillah kereta saya selamat....

Allah permudahkan...

      Dah sampai di Medan Gopeng, ana pun bergegas mencari bas untuk ke Medan Kit. Dari Medan Kit barulah ana boleh dapatkan bas ke Taiping. Tanya dekat pak cik yang berdekatan dia kata bas baru je pergi. Dia pun mencadangkan agar ana tunggu kat bus stop... Tapi kena jalan depan sikit.. ada dalam 5 minit jalan.. sambil jalan tu ana berdoa je harap-harap tak terlepas la bas... jalan punya jalan bertambah dengan doa.. ana samapi je kat bus stop tu ada la bas ekspress berhenti.. ana pun saja la tengok bas ni nak ke mana.. tengok-tengok dia nak ke Taiping... Kebetulan ada sorang pak cik india ni tanya pada ana nak pergi mana.. ana pun cakap saya nak balik ke taiping.. Pak cik tu tolong cakap pada driver yang budak ni nak balik Taiping... ana pun dibenarkan untuk naik bas tu... Alhamdulillah sebanyak-banyaknya... Allah permudahkan jalan pada ada setelah sedikit kesukaran yang ditimpakan bagi menguji hambanya ini... If tak da bas ni ana tak pasti dari medan kit nak ke Taiping ada atau tidak basnya.. Sebab waktu tu dah maghrib... selalunya last bas pkul 6.30pagi... tapi itulah pertolongan Allah itu dekat bagi hamba-hambanya yang bersabar...

     Sampai je di Taiping, ana telefon umi ana.. Terkejut dia ana dah sampai Taiping... Pada hari tu je ana menangis dua kali.. Kali pertama sebab ketinggalan tren. sapa suruh salah sendiri.. yang kedua sebab gembira dan bersyukur sebab Allah menolong hambanya ini.... jumpa je dengan umi semangat la bercerita kisah perjalanan pulang hari ini.. umi kata kalau kita menangis awet muda... ntah la sejauh mana kebenaran fakta ini.

p/s : Apa yang saya dapat simpulkan untuk pengalaman kali ini, sabar menerima ujian yang ditimpakan.. Berlapang dada menerimanya.. Fikir dengan tenang dalam mencari jalan penyelesaian... dan yang paling penting kebergantungan kita pada ALLAH.. Allah itu sungguh dekat dengan hambanya lebih dekat dari urat leher... 

Thursday, January 20, 2011

perjalanan ke Ipoh

Bismillah pembuka bicara,

20 Januari 2011, ana dan 12 orang akhwat UPSI telah berjaulah bagi mengikuti Program Obor Semangat di Masjid Sultan Idris Shah 2 (Masjid Negeri), Ipoh. Perjalanan kami sangat-sangat mencabar. Pada awalnya, ana telah membeli 9 tiket pada 3hari sebelum 20.1.2011. Tapi itulah, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik. 

      Tiket kami dari Tanjung Malim, 6.47pagi. kerana yang mengikuti program ini agak ramai dari UPSI jadi perlulah beberapa trip untuk ke KTM.. Jadi kami bertolak dari khar pkul 6.30.. Tapi untuk trip ke 2 kami terlambat so tren pun terlepas.. kami hanya lewat beberapa saat.. tapi mungkin Allah sedang menguji kami.. Allah ingin menguji ukhuwah kami, kesabaran kami, sejauh mana pengorbanan kami.. Pada awalnya agak tension... tapi ada akhwat yang dah pergi dgn tren pertama mengatakan inilah ujian yang kami harus terima.. Ana teringat apabila kita tidak terima suatu berita buruk itu, refleksi kembali keikhlasan kita dalam beramal.. sementara menunggu 8.40pg untuk tren seterusnya, ana membaca buku ALLAH KUKUHKAN KAKI KAMI DI ATAS JALANMU... ana menyelak helaian pertama terus membicarakan tentang keikhlasan.. Sesungguhnya Allah sedang menegur diri hamba Nya yang lemah ini.. 

"ikhlaskan semuanya. Luruhkan semua lintasan niat bahkan untuk Allah yang ada dalam hati untuk melakukan semua pekerjaan. Biarkan semua peluh, usaha dan kepayahan yang telah dan sedang kita lakukan saat ini, hanya untuk Allah swt. Benar-benar untuk Allah swt."


keretapi2 (Gambar) Keretapi Laju Elektrik, ETS (KL   IPOH )

Tren yang kami naik ni ETS so mahal la harganya.. tren yang laju dari KL ke Ipoh.. so dapat la kami sampai pkul 10.00... dapat la juga kami merasa naik tren mahal ini.. harganya untuk satu tiket RM21.00... walaupun mahal harganya kami merasa ringan sahaja untuk membayarnya... SEBABnya ada ukhuwah yang bertaut kerana kasih sayang dan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.. Semua akhwat yang hadir sama-sama membantu dalam membayarnya.. jadi dari RM84 (RM21 X 4).. tapi kami kena bayar sorang RM6.50 sahaja... Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.. Semoga ukhuwah yang bertaut ini terus kekal hingga ke Syurga Ilahi... Ya Allah tautkan hati-hati kami demi menegakkan agama mu... SAYANG ANTUNNA...




    Dah sampai kat masjid tengok ramainya akhwat... ada akhwat yang belajar di Korea n Australia lagi.. mereka ini balik untuk bercuti.. Apabila difikir-fikir akhwat yang belajar di luar negara turut merasai nikmatnya tarbiah ini.. Sesungguhnya mereka yang dipilih Allah sahaja mampu untuk terus bertahan di jalan ini... Jalan ini bukanlah satu jalan yang dihiasi dengan bunga-bunga, karpet merah dan bau-bauan yang wangi.. Tapi ia dihalangi dengan pelbagai onak duri yang memerlukan orang-orang yang kuat untuk melaluinya... Bangunlah akhwat sesungguhnya usaha kita juga diperlukan dalam medan dakwah ini... Bukan hanya pemuda, suami yang diperlukan dalam jalan dakwah ini.. tanpa wanita siapalah lelaki.. berdirinya seorang lelaki dibelakangnya ada wanita yang sentiasa menyokongnya... Semoga kita terus bangkit dalam memartabatkan ISLAM di mata dunia.... MAJULAH AKHWAT UNTUK ISLAM...

Thursday, January 6, 2011

Promosi

Bismillah

Insya Allah seperti yang kita ketahui membaca adalah merupakan jambatan ilmu. Dan menuntut ilmu merupakan fardu ain kepada muslim. Menuntut ilmu boleh diperoleh dan dengan pelbagai cara. Antaranya menghadirikan diri ke kelas-kelas, membaca buku, melayari internet, bertanya kepada yang bidangnya dan pelbagai lagi kaedahnya. Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad. Pasti ramai sudah cukup sinonim dengan pepatah ini. So dalam post ini ingin saya mempromosikan kedai buku maya saya. Sahabat-sahabat bolehlah membeli melaluinya.

http://www.stormreaders.net/qistina



Jazakillah atas perhatian membacanya.

Iman Yang Mendalam

بسم الله الرهمن الرهيم

Insya Allah ingin saya kongsi bersama hasil pembacaan ku dari sebuah buku yang merupakan tulisan Muhammad Abduh. Memperbaharui komitmen dakwah itulah tajuknya. Antara topik yang dibincangkan ialah sifat-sifat yang seharusnya dimiliki oleh orang yang bergabung ke dalam sesuatu jamaah. Sifat-sifat ini bukan hanya sekadar pemahaman semata tetapi haruslah dipraktikan dalam seharian kita. Salah satu sifat tersebut ialah IMAN YANG MENDALAM.

             Rabbaniyah (berorientasikan kepada Allah) adalah suatu pendorong utama kepada aktivis dakwah. Ia juga adalah pendorong utama pada semua mukmin. Sifat Rabbaniyah ini perlulah ditanamkan dalam hati-hati para aktivis dakwah. Hal ini kerana tanpanya sebuah gerakan dakwah itu tidak ada nilainya dan tidak ada kebaikan padanya. Dakwah seharusnya berlandaskan rabbaniyah dan mencari keredhaan Allah. Yang mana Allah ghayatuna (Allah tujuan kami).

            Tanpa iman yang mendalam akan terdapat kelemahan dalam sesebuah dakwah itu. Perjalanan dakwah akan mulai kendur, kedisplinan pun mulai luntur. Keimanan yang mendalam akan mampu meningkatkan produktiviti dakwah. Hal ini kerana rabbaniyah dan kedekatan seseorang kepada Allah adalah motivasi kepadanya untuk bekerja dan berinovasi serta ikhlas semata-mata kerna Allah.

           Mustafa Masyhur (mursyidul am Ikhwanul Muslim ke-5) berkata, "Diantara prinsip dasar yang sangat diperhatikan oleh Imam Hasan al-Banna dan kita wajib memeliharanya adalah perhatiannya terhadap sisi ruhiyah, karena sisi ini ibarat ruh yang ada dalam tubuh baik sebagai individuu mahupun jamaah. Imam Hasan al-Banna sangat meyakini bahawa seorang peribadi muslim yang komitmen dengan sifat-sifat orang Mukmin merupakan pilar asasi dalam pergerakan dan pembentukn serta dalam rangka merealisasikan tujuan. Pilar itulah yang akan mampu mengawal tegaknya rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan daulah islamiyah. apabila pilar ini lurus dan kukuh, maka akan semakin memperkukuh tegaknya bangunan dakwah dalam semua tahapan dan sebaliknya

            Kita semua ketahui bahawa perhatian yang besar terhadap masalah pembinaan akan dapat membantu melahirkan ikhwah yang memiliki tingkat tanggungjawab yang tinggi, dan ikut menanggung amanah di lapangan dakwah yang selalu bertambah. Mereka juga mampu bekerjasama dengan baik, saling memahami, tanpa ada perselisihan sedikit pun."

            Hal ini menunjukkan bahawa iman yang mendalam mampu menjadikan sesuatu pergerakan dakwah itu bergerak lancar mahupun tidak. Olah itu, ayuh ikhwah dan akhwat agar kita sentiasa berusaha untuk berada dalam keimanan yang tinggi terhadap Allah. Hassan al-Banna berkata " Mereka telah mendengar panggilan iman, lalu mereka pun beriman. Kita berharap Allah berkenan menanamkan rasa cinta kepada iman ini dan menjadikannya sebagai hiasan si hati kita, sebagaimana Ia telah menganugerahkan hal yang sama kepada para pendahulu kita."

            Oleh itu, perbaharuilah iman , tentukan sasaran dan tujuan kita. Sesungguhnya kekuatan pertama adalah iman. Buah dari iman adalah kesatuan. dan kesatuan adalah kemenangan yang gemilang. Kerana itu, berimanlah kalian, eratkanlah ukhuwah, bekerjalah dan tunggulah datangnya kemenangan.