Thursday, January 6, 2011

Iman Yang Mendalam

بسم الله الرهمن الرهيم

Insya Allah ingin saya kongsi bersama hasil pembacaan ku dari sebuah buku yang merupakan tulisan Muhammad Abduh. Memperbaharui komitmen dakwah itulah tajuknya. Antara topik yang dibincangkan ialah sifat-sifat yang seharusnya dimiliki oleh orang yang bergabung ke dalam sesuatu jamaah. Sifat-sifat ini bukan hanya sekadar pemahaman semata tetapi haruslah dipraktikan dalam seharian kita. Salah satu sifat tersebut ialah IMAN YANG MENDALAM.

             Rabbaniyah (berorientasikan kepada Allah) adalah suatu pendorong utama kepada aktivis dakwah. Ia juga adalah pendorong utama pada semua mukmin. Sifat Rabbaniyah ini perlulah ditanamkan dalam hati-hati para aktivis dakwah. Hal ini kerana tanpanya sebuah gerakan dakwah itu tidak ada nilainya dan tidak ada kebaikan padanya. Dakwah seharusnya berlandaskan rabbaniyah dan mencari keredhaan Allah. Yang mana Allah ghayatuna (Allah tujuan kami).

            Tanpa iman yang mendalam akan terdapat kelemahan dalam sesebuah dakwah itu. Perjalanan dakwah akan mulai kendur, kedisplinan pun mulai luntur. Keimanan yang mendalam akan mampu meningkatkan produktiviti dakwah. Hal ini kerana rabbaniyah dan kedekatan seseorang kepada Allah adalah motivasi kepadanya untuk bekerja dan berinovasi serta ikhlas semata-mata kerna Allah.

           Mustafa Masyhur (mursyidul am Ikhwanul Muslim ke-5) berkata, "Diantara prinsip dasar yang sangat diperhatikan oleh Imam Hasan al-Banna dan kita wajib memeliharanya adalah perhatiannya terhadap sisi ruhiyah, karena sisi ini ibarat ruh yang ada dalam tubuh baik sebagai individuu mahupun jamaah. Imam Hasan al-Banna sangat meyakini bahawa seorang peribadi muslim yang komitmen dengan sifat-sifat orang Mukmin merupakan pilar asasi dalam pergerakan dan pembentukn serta dalam rangka merealisasikan tujuan. Pilar itulah yang akan mampu mengawal tegaknya rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan daulah islamiyah. apabila pilar ini lurus dan kukuh, maka akan semakin memperkukuh tegaknya bangunan dakwah dalam semua tahapan dan sebaliknya

            Kita semua ketahui bahawa perhatian yang besar terhadap masalah pembinaan akan dapat membantu melahirkan ikhwah yang memiliki tingkat tanggungjawab yang tinggi, dan ikut menanggung amanah di lapangan dakwah yang selalu bertambah. Mereka juga mampu bekerjasama dengan baik, saling memahami, tanpa ada perselisihan sedikit pun."

            Hal ini menunjukkan bahawa iman yang mendalam mampu menjadikan sesuatu pergerakan dakwah itu bergerak lancar mahupun tidak. Olah itu, ayuh ikhwah dan akhwat agar kita sentiasa berusaha untuk berada dalam keimanan yang tinggi terhadap Allah. Hassan al-Banna berkata " Mereka telah mendengar panggilan iman, lalu mereka pun beriman. Kita berharap Allah berkenan menanamkan rasa cinta kepada iman ini dan menjadikannya sebagai hiasan si hati kita, sebagaimana Ia telah menganugerahkan hal yang sama kepada para pendahulu kita."

            Oleh itu, perbaharuilah iman , tentukan sasaran dan tujuan kita. Sesungguhnya kekuatan pertama adalah iman. Buah dari iman adalah kesatuan. dan kesatuan adalah kemenangan yang gemilang. Kerana itu, berimanlah kalian, eratkanlah ukhuwah, bekerjalah dan tunggulah datangnya kemenangan.

No comments:

Post a Comment