Bismillah pembuka bicara post untuk bulan mac ini...
Semalam di KHAR telah diadakan sebuah forum yang telah dipanelkan oleh pasangan yang tidak asing lagi dalam dunia hari ini... Ustazah Bahyah dan Ustaz Wan Aqasyah... Bersempena dengan sebuah karnival yang diadakan KHAR.... Tajuk forum pada hari ini MERAIH ILMU, SELUAS LAUTAN.. Ingin saya kongsi serba sedikit dari forum ini...
" katakanlah (Muhammad),'seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)'" (al-Kahf : 109)
firman Allah dalam surah Luqman ayat 27 juga mengatakan hal di atas..
sesungguhnya majlis-majlis ilmu ini merupakan taman-taman syurga yang harus direbut oleh semua orang.. Namun ramai masyarakat hari ini tidak merebut untuk bersama-sama dalam taman-taman syurga ini..
Sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan (riwayat Ibn Majah)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa baginda adalah kota ilmu dan Saidina Ali adalah pintunya.. seorang sahabat pernah menduga Saidina Ali.. beliau bertanya antara ilmu dan harta yang mana satu dikehendakinya?
Ilmu VS harta
- ilmu akan sentiasa bertambah kalau diberi pada orang lain, tetapi harta semakin berkurang apabila diberikan.
- Ilmu akan sentiasa menjaga kamu, sedangkan harta kamu yang terpaksa menjaganya
- ilmu tidak boleh dicuri tetapi harta dengan mudahnya akan dicuri.
mengikut Imam Al-Ghazali dan Azrani' 8 perkara yang boleh menumpulkan ilmu.
1) Banyaknya dosa
2) Makan makanan yang syubhah
3) Tidak mohon keredhaan ibu bapa
4) Suka pada hiburan
5) Banyak tidur
6) Banyak Makan
7) Banyak berkhayal
8) Tidak hormat guru
7 Tips untuk memudahkan ingatan
1) solat 5 waktu dan bangun malam
2) Sentiasa berwuduk
3) Bertaqwa kepada Allah
4) Hormat guru
5) Jauhi maksiat
6) Berbuat baik kepada ibu bapa
7) Banyakan berdoa.
namun kawan-kawan ingin saya tekankan bahawa kita perlulah mencari ilmu dunia dan akhirat.. Jangan kerana sibuk membuat assignment kita tidak berkesempatan meluangkan masa kita kepada ilmu akhirat.. Walaupun sebenarnya kita tahu bahawa ilmu akhirat juga penting untuk digali bersama... carilah ilmu tanpa mengira bidang dan minat... Ikhlaskan hati agar niat kita untuk menuntut ilmu hanya mencari keredhaan Allah..
sekadar perkongsian dari forum bersama Ustazah Bahyah dan Ustaz Wan Aqasyah.. Banyak lagi yang disampaikan tapi sekadar ini sahaja yang dapat dikongsi..
No comments:
Post a Comment