Apa khabar iman sahabat-sahabat hari ini???
Hari ini ingin saya mengajak sahabat untuk bersama-sama bermuhasabah kembali tujuan dan nikmat tarbiah yang Allah berikan kepada hambaNya yang dipilih iaitu KITA....
Sebentar tadi saya telah disapa oleh seorang akhwat UNISZA... satu mesej dari akhwat ini yang membuat saya berfikir sebentar dan turut bermuhasabah kembali...
" afwan ana terfikir. Dalam ramai2 budak kelas, nape ant tak ajak ...... @ ...... @ sapa2 sajela. Pakaian diorang lebih proper dari ana. Camana ant bleh pilih ana join usrah..."
ana terkenang kenapa ana mengajak dia.. Tapi setelah itu ana telah menelefon sahabat ini.. akhwat ini adalah salah seorang classmate ketika di matrik.. Sebenarnya saya turut mengajak seorang sahabat lain yang ditulis namanya tadi, tapi hidayah itu milik Allah dan perubahan yang ingin dibuat juga atas kehendak Allah.. Sahabat ini pernah ingin memakai tudung labuh tapi perubahan pada masa itu tidak berpihak padanya...
Bersyukurlah kita kerana kita telah menjadi hamba Allah yang dipilih untuk membawa Islam yang benar, Dipilih untuk mengecapi nikmat tarbiah dan dipilih untuk bersama-sama memartabatkan Islam di mata dunia.. Kenapa bukan TERpilih tapi DIpilih sebabbbb terpilih adalah secara tak sengaja tapi kita memang hamba-hambanya yang dipilih oleh Allah tapi masa dan saat perubahan itu sahaja yang berbeza..
Kisah seorang lagi sahabat ana yang pernah bertanya kepada ana kenapa dia tidak pernah diajak oleh ana ketika dia semester satu sedangkan ana kenal dengan dia dari sem satu.. cuma Allah mengerakkan hati ana dan memberikan keberanian kepada ana ketika semester empat... ingin ana katakan ana bukanlah seorang yang mampu mengajak semua orang tanpa mengira siapa dia.. ana perlu mengumpul kekuatan yang datangnya dari Pencipta yang Esa dan Yang menggerakkan hati hamba-hambanya... Sesungguhnya hati kita dipegang oleh Allah.. Allah yang menentukan saat perubahan diri kita kepada individu yang lebih baik dari sebelumnya.. CUMA kita perlu juga berusaha untuk ke arahnya janganlah mengharapkan ia datang dengan sendirinya..
Oleh itu, sahabat-sahabat ingin ana bawa antunna untuk sama-sama bermuhasabah kembali saat kita menerima tarbiah.. betapa beruntungnya kita kerana kita adalah hambaNya yang dipilih... Bersyukurlah...
Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus ISTIQAMAH di jalan NYA.. Untuk terus bergerak kerana ALLAH.. ucapan terima kasih kepada akhwat UNISZA ini yang memberi peluang untuk ana sama-sama bermuhasabah kembali proses tarbiah yang ana lalui ini... ana ingin kongsi sepatah kata yang dipetik dari seorang akhwat..
" Tarbiah itu dimulai dengan tasbih kafarah dan diakhiri dengan al-Fatihah "
No comments:
Post a Comment