Sunday, March 25, 2012

Pengalaman bernilai...

In the name of Allah


TARIKH : 21 MAC 2012
Ketika cuti semester baru-baru ini saya telah dihubungi oleh seorang kakak yang saya kagumi dan saya amat teringin belajar sesuatu darinya. Kak Juwariah itulah namanya dan lebih selesa dirinya  dipanggil dengan kak Ju. Beliau merupakan seorang pengusaha taska Athfal. Saya pernah bekerja dengannya sebagai guru mengaji. Dalam perbualan saya dan kak Ju, beliau telah mengajak saya untuk menjadi rakan kongsinya mengusahakan taska Athfal memandangkan beliau akan berpindah ke Changkat jering untuk tinggal di kampung halamannya dan di atas permintaan suaminya. Maka beliau mengambil keputusan untuk memberi tanggungjawab sebagai pengurus tadika kepada saya. Ketika itu, perasaan saya sangat gembira memandangkan tawaran kerja telah terbuka buat saya sedangkan saya masih belajar. Oleh yang demikian, beliau mengajak saya untuk berjumpa dengannya secara bersemuka di taskanya.
        
Tiga hari kemudian saya berkesempatan meluangkan masa saya untuk berjumpa dengan kak Ju. Banyak ilmu dan pengalaman yang diberikannya. Dari segi permohonan sebuah taska, peranan pengurus, kurikulum buat kanak-kanak dan pelbagai lagi.

Pertama yang ingin kongsi hasil perbualan kami ialah mengenai permohonan menubuhkan taska. Pengusaha taska perlulah menyediakan pelan kawasan, menu makanan buat kanak-kanak dan aktiviti seharian yang akan dijalankan. Kawasan yang akan digunakan perlulah mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang cukup. Ruang pembelajaran perlulah sesuai dengan bilangan kanak-kanak. Dari segi kawasan. Dari segi menu makanan pula, makanan yang disediakan perlulah mengikut diet pemakanan seimbang yang disyorkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tukang masak perlulah mengikuti kursus pengendalian makanan daripada ALPM ataupun yang diiktiraf serta menerima suntikan TYP2 (Thypoid). Manakala bagi aktiviti untuk kanak-kanak perlulah merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini adalah memastikan kanak-kanak dapat perkembangan yang holistik. Permohonan taska perlulah dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan. Sekiranya permohonan ini diterima barulah taska dapat didaftarkan.

Kedua yang ingin saya ceritakan ialah mengenai pengurusan. Seorang pengurus taska perlulah mempunyai Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak. Kurus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kanak-kanak. Kursus ini membolehkan pesertanya mengadakan bahan pembelajaran yang sesuai berdasarkan keperluan kanak-kanak. Seorang pengusaha taska juga sebaik-baiknya mendapatkan suntikan TYP2(Thypoid). Sekiranya tukang masak taska tidak datang bekerja maka peranan pengusaha untuk menyediakan makanan. Hal ini kerana adalah orang yang boleh menyediakan makanan kepada kanak-kanak di taska ialah orang yang mendapat suntikan tersebut.

Pengurus juga perlu menguruskan pembayaran gaji kepada pekerja dan menyediakan KWSP dan PERKESO. Bagi kak Ju, akaun taska juga diuruskan olehnya sendiri memandangkan pekerja yang tidak cukup. Pengurus juga perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pekerjanya. Pembahagian tugas pekerja-pekerja perlulah diberi secara adil dan teratur. Antara tugas yang perlu dibahagikan seperti menyambut kanak-kanak, membersihkan kawasan taska, menjaga kanak-kanak dan pelbagai tugas lain. Sekiranya mereka tidak menjalankan tugas dengan baik seorang pengurus perlu bijak menegur kesilapan pekerja tersebut dan memperbaiki kelemahan yang ada. Pengurus yang baik adalah pengurus yang dapat memimpin pekerjanya dengan menunjukkan contoh yang baik, arahan dari pengurus dipatuhi oleh pekerja, hubungan pengurus dan pekerja baik.

Saya sangat beruntung kerana berpeluang mendapat ilmu dan pengalaman dari kak Ju. Namun demikian, kini saya mengalami dilema memandangkan ayah saya telah membeli sebuah rumah bagi menubuhkan taska saya sendiri. Sekarang daya masih mempertimbangkan sama ada saya ingin menjadi pengurus taska Athfal atau taska saya sendiri kelak. Beberapa pandangan yang saya terima, mereka menyarankan untuk saya buat dua-dua tanpa meninggalkan salah satu.


No comments:

Post a Comment