Thursday, March 29, 2012

Mengimbau Kenangan

In the name of Allah....

 Pada sabtu yang lepas, saya telah menemani sahabat saya ke Perpustakaan Negara bagi mencari bahan untuk tugasannya. Biasalah budak Pengajian Malaysia katakan, perpustakaan UPSI bahan untuk course deme ni memang sikit. Matlamat saya nak ikut adalah ingin mengimbau kenangan ketika pergi berprogram suatu masa dahulu yang amat memerlukan pengorbanan. Pengangkutan awam merupakan pengangkutan utama ketika itu, bertanya pada orang mengenai tempat yang ingin dituju adalah lumrahnya dan sudah pasti kewangan amat diperlukan. Ops satu lagi pengorbanan dan kesabaran juga amat-amat diperlukan. Namun kini, semua sudah dimudahkan Allah hendak ke tempat program menaiki kereta, bajet pun kurang la sikit. Namun ujian Allah itu datang bagi mentarbiah kita..

Inilah bangunan Utama yang menempatkan buku-buku antarabangsa. Untuk ke bangunan yang menempatkan buku-buku Malaysia perlulah ke bangunan yang lebih tinggi di belakang bangunan ini.
    Ok sambung balik cerita pencarian ilmu kami, maka pagi itu kami pun menaiki bas ke KL. kemudian dari Pudu kami terpaksa jalan sehingga ke Pasar Seni kerana ingin menaiki LRT rapidKL. Kami pun naik LRT ke Damai, selepas itu ambil teksi untuk ke Perpustakaan Negara (sapa2 berminat boleh la pergi). Alhamdulillah kami sampai ke Perpustakaan Negara dalam pukul 11.30 pagi. Kami masuk ke bangunan Utama untuk mencar bahan. Carilah menggunakan OPAC di sana. Cari punya cari senaraikan buku-buku yang hendak dirujuk (kawan saya la yang cari saya tak pun). Bagi mengetahui tempat letaknya buku-buku tersebut kami bejumpalah dengan penasihat pembaca. Rupa-rupanya kami telah masuk bangunan yang salah. Maka kami mengambil keputusan untuk makan dan menunaikan kewajipan kepada Allah terlebih dahulu sebelum meneruskan pencarian kami. 




   Jam pukul 2.30petang kami pun sampailah ke bahagian buku-buku Malaysia yang ditempatkan dalam satu bangunan. Kami pun terus menuju ke tingkat letaknya majalah-majalah. Sahabat saya ini pergilah mencari bahan-bahannya manakala saya pula mencari port yang membolehkan saya menggunakan laptop dengan chargernya. Setelah jumpa port yang sesuai tiba-tiba hati ni terdetik untuk mencari idea bagi tajuk proposal saya. Maka saya pun pergi mencari majalah PA MA. Wah banyak betul majalah Pa Ma. Sangat teruja. Saya pun mengambil hampir 15buku Pa Ma dan pergi kembali ke port tadi. Dalam pencarian tajuk ini saya sempat berkenalan dengan seorang kakak IPG yang juga sedang mencari bahan bagi tesisnya. Kak Iffah itulah orangnya. Saya meminta pandangan mengenai tajuk yang saya fikirkan ketika itu iaitu berkaitan pemakanan kanak-kanak @ pemilihan taska atau tadika @ tingkahlaku kanak-kanak. Kak Iffah turut membantu saya mencari bahan. terima kasih akak. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab dalam mengimbau kenangan saya telah mengumpul agak banyak bahan untuk projek akhir saya. Terima kasih Shikin dan Ilah kerana membenarkan saya mengikut kalian.

     Setelah selesai mencari bahan-bahan yang sesuai, saya menuju ke tempat photostat. Kesian sahabat saya yang berdua ini kerana bahan-bahan yang mereka inginkan tidak dijumpai kerana sistem penyusunan buku di sana agak memeningkan. Mungkin mudah bagi orang yang biasa namun sukar bagi orang-orang yang seperti kami. SABAR ye sahabat. 
   ketika mencari bahan di sana saya mendapati ramai anak-anak muda yang sedang membuat perbincangan kumpulan mencari bahan-bahan dari buku dan majalah. Adik-adik ini kebanyakannya sekolah menengah. Saya agak terkejut kerana kita sering dimomokkan bahawa muda-mudi terutamanya di KL sering melepak. Kemungkinan adik-adik yang kami jumpa merupakan budak-budak pandai dan amat mengambil berat mengenai akademik. Semoga ilmu yang diperolehi dan digali itu bukan sekadar di kepala tetapi turut di hati dan amal perbuatan. Sebelum pulang kami melihat sekitar Kuala Lumpur. Sangat menyesakkan dari segi bilangan orang yang ramai, sampah yang banyak dan bau busuk. Sehingga terlintas di hati sekiranya kita yang rakyat Malaysia rasa kotor bila datang ke sana, apakah persepsi pelancong kepadea Malaysia. Setelah selesai kami pun berangkatlah pulang ke bumi UPSI kembali. 

  Pengajaran yang saya dapat :
1) Tetapkan matlamat perjalanan
2) Bertanya pada orang lain
3) Jagalah kebersihan. Bermulalah dengan diri sendiri.
4) Tidak semua yang kita harapkan akan ditunaikan. Allah mengetahui yang terbaik buat kita.
5) Bersabarlah

Terima kasih buat Shikin dan Ilah.. Semoga perjalanan kita bersama ini akan memperkukuhkan ukhuwah yang dibina.

No comments:

Post a Comment