Tuesday, March 26, 2013

Usah Kau Zalimi DIrimu

Lama sudah rasanya blog ni berhabuk dan bersarang..
hari ni nak ambil kesempatan untuk kongsi sesuatu untuk muhasabah bersama..
Perkongsian ini dari majalah SOLUSI Ke 53...

" Kita lebih banyak menzalimi diri sendiri berbanding dizalimi oleh orang lain"

BENARKAH????




klu kita nampak secara fizikalnya, zalim pada diri sendiri tu macam merokok, minum arak, bunuh diri, bawa kereta laju-laju dan makan banyak sangat.. tu kita nampak la zalim pada diri sendiri coz dia akan menyebabkan nyawa kita terbang atau dilanda penyakit..

TAPI pernahkah kita terfikir seandainya kita melanggar hukum Allah tu ZALIM??? bila kita tak laksanakan perintah Allah itu ZALIM??? meninggalkan larangan Allah itu ZALIM??? inilah zalim yang lebih nyata.. dan sebenarnya ramai yang telah menzalimi dirinya secara sedar atau tidak.. sekarang kita dah sedar dan tahu.. adakah kita akan terus membiarkan diri kita dizalimi oleh kita sendiri...

"Sesiapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah, maka itulah orang yang zalim" (al-Maidah : 45)

kalau kita fikir secara logik.. kita buat amal ibadat yang dapat pahala siapa?? kita kan.. kalau kita himpun2 pahala tu insya allah syurgalah tempatnya (tapi ingat kena ikhlas.. satu lagi masuk syurganya seseorang itu atas rahmat Allah.. tapi kita kena la berusaha untuk ke syurga Allah..) so kalau kita buat jahat atau perkara mungkar, kita akan dapat dosa.. dosa tu kan boleh bawa kita ke neraka.. neraka panas ke sejuk??? rasa-rasa kalau masuk neraka tu best tak??? kita yang sakit.. Allah tak da kesan apa pun kalau kita buat baik atau jahat.. ia memberi kesan kepada kita.. ingat tu...

Zalim ni ada tiga kategori.. pertama zalim pada ALLAH, kedua zalim kepada MAKHLUK ALLAH (haiwan, manusia lain, tumbuhan) dan zalim yang ketiga ialah DIRI SENDIRI..
Zalim pada Allah adalah zalim yang paling zalim.. Bila seseorang individu itu menzalimi Allah secara automatik dia akan menzalimi dirinya dan orang lain.. oleh itu nak hentikan kezaliman ini mestilah didahului dengan menghentikan kezaliman pada Allah..

Ni ada contoh zalim pada diri sendiri...

1. dari Spritual
- Mensyirikkan Allah
- Tidak mengikut sunnah Rasulullah
- Meninggalkan dan melengah-lengahkan ibadah wajib
- Melakukan tegahan agama dan ketagih terhadap perkara haram

2. Dari MInda
- Tidak berusaha menambah ilmu
- Menghidangkan "sajian" yang merosakkan daya berfikir
- meminum arak (merosakkan otak)
- Malas menggunakan akal untuk berfikir

3. dari Emosi
- Memilih untuk berfikir secara negatif berbanding positif
- Sentiasa berkeluh-kesah memikirkan hal keduniaan lebih berbanding akhirat
- Membiarkan diri diselubungi perasaan yang boleh menjadikan diri lemah semangat
- Sengaja tidak melawan sifat mazmumah dalam diri

4. Dari Fizikal
- Makan makanan yang memudaratkan kesihatan
- Berkira-kira untuk melakukan kerja yang memerlukan tenaga fizikal
- Tidak menjaga lidah daripada mengucapkan sesuatu yang memudaratkan
- Membunuh diri

Ayuh kita muhasabah kembali diri ni adakah kita telah menzalimi diri kita.. seandainya ada seperti yang disenaraikan tadi cepat2 kita betulkan kembali agar kita tidak terus menzalimi diri kita..

sebagai penutup renungkan ayat ni
" sifat zalim hanya dapat ditangani dengan menyuburkan rasa Tauhid yang kukuh, berpegang dengan syariat dalam apa-apa jua keadaan dan menjunjung prinsip adab dan akhlak Islam dalam muamalat sesama manusia."

No comments:

Post a Comment