Wednesday, June 22, 2011

Kembara ke Baitullah

بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran kepada Tuhan pencipta alam kerana mengizinkan ana untuk terus bernafas sehingga ke saat ini dan berkesempatan menulis kisah ana dan keluarga mengerjakan umrah baru-baru ini.. Dua minggu telah berlalu… Pengalaman manis ini pada 27/5/2011 sehingga 9/6/2011

Ana dan keluarga telah memulakan langkah kami untuk menziarahi baitullah dengan berkunjung ke COLOMBO terlebih dahulu.. Kami telah menaiki MAS untuk ke Colombo dari KLIA.. Disini kami bukan buat apa just transit tapi sempat juga melawat negara lain dulu kiranya.. COLOMBO ni kita citer time nak balik nanti ye.. Lagipun kami akan transit sekali lagi disini dari Jeddah sebelum balik ke KLIA..




Keesokan harinya kami telah menaiki kapal terbang Arab Saudi.. keistimewaan kapal terbang ini yang menarik hati saya ialah surau disediakan.. kiblat semasa juga sentiasa dipamerkan di ruang solat ini.. Cuma saya tak berkesempatan untuk solat di sini cos takut lagipun ana duduk sorang2 dengan orang yang ana tak berapa kenal.. mendarat je kapal terbang kami telah tiba di Lapangan Terbang Madinah.. Turun je dari kapal terbang rasa “ Ya Allah panasnya cuaca di sini” menurut data yang ana dapat suhu ketika itu 42 darjah celcius.. terkejut gak la badan tu awalnya.. tapi Allhamdulillah Allah telah memberi kesihatan yang baik sepanjang pengembaraan kali ini.. Allah juga memberi kekuatan agar ana dan semua jemaah yang turut bersama dalam pengembaraan ini untuk terus merebut peluang keemasan yang tidak ada di MALAYSIA.. Kami berada di Madinah selama 3 hari..

Pada hari pertama di Madinah kami telah mengadakan ziarah dalaman.. Ziarah dalaman ini ialah menziarahi di kawasan Masjidil Nabawi.. Di sini kami telah ditunjuk kawasan-kawasan penting di sini antaranya RAUDAH (sebuah kawasan yang dikatakan sebagai antara taman-taman syurga.. kawasannya dari mimbar nabi sehingga ke rumah baginda.. disini juga terletak makam Rasulullah, Abu Bakar dan Umar… Tapi nak masuk kawasan ini bukan suatu yang mudah.. kita kena banyak bersabar dan memikirkan orang lain juga ketika berada di kawasan ini.. memandangkan kawasannya yang kecil jadi setelah kita berada di kawasan ini lakukan apa yang sewajarnya then segeralah keluar untuk memberi peluang kepada orang lain..) , MAKAM RASULULLAH SAW, MAKAM ABU BAKAR, MAKAM UMAR dan PERKUBURAN BAQI’ (perkuburan ini merupakan sebuah perkuburan di Madinah… Sesiapa sahaja yang meninggal di Madinah akan di kuburkan disini.. Ramai para sahabat dan isteri-isteri Rasulullah SAW dikuburkan di sini..






Keesokan harinya pula kami telah dibawa untuk ziarah di Madinah.. Kami telah pergi ke Masjid Quba, Bukit Uhud (mujahid-mujahid yang telah syahid ketika perang Uhud telah dimakamkan di sebuah kawasan di sini.. Termasuk Saidina Hamzah), Ladang Kurma, Kilang Percetakan Al-Quran (tapi yang ini muslimat tidak dibenarkan masuk) dan Pasar Kurma..


pemandangan sekitar kawasan bukit uhud bersama keluarga tersayang


inilah bukit uhud.. sebelum menjejakkan kaki ke sini ana membayangkan bukit uhud adalah sebuah bukit yang tinggi..


ladang kurma.. ni kawasan di luar orang sedang berjual beli.. cantik pemandangan ni.. saya suka


masjid Quba


perkuburan bagi mujahid yang syahid di perang Uhud

Setelah itu sepatutnya pada hari esok kami diagendakan untuk melakukan aktiviti bebas tapi kerana percaturan Allah lebih baik dan ingin menguji kami semua adakah kami bersabar.. Pagi itu kami digempurkan lepas Zohor nanti kami akan bergerak ke Mekah.. Ramai juga yang tidak puas hati pada awalnya namun perancangan Allah itu lebih baik.. Oleh itu, selepas zohor kami ziarah wida sebelum bergerak ke Mekah.. Perjalanan ke Mekah diteruskan..

Untuk cerita ke mekah akan ana cerita di post akan datang pula ye... Insya allah..

No comments:

Post a Comment