Monday, April 2, 2012

sambungan Mengimbau Kenangan

بسم الله الرحمن الرحيم


   Sepanjang pencarian artikel dalam majalah Pa Ma saya menjumpai banyak bahan.. Namun hari ini saya ingin berkongsi mengenai artikel yang berkaitan tentang pemilihan TASKA dan TADIKA.. sebagai seorang ibu dan ayah apa perkara yang perlu dititiberatkan ketika memilih tempat penjagaan dan pendidikan anak-anak kita.. maka kita sebagai seorang pengusaha perlulah memenuhi keinginan ibu bapa ini agar taska @ tadika kita menjadi tumpuan ibu bapa kerana sistem dan cara pendidikan yang baik.


AKTIVITI
TASKA -  Kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun seharusnya bukanlah diajar untuk pandai membaca semata-mata tetapi yang lebih penting ialah memberi rangsangan yang secukupnya melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang fizikal, bahasa, sosio emosi dan kognitif kanak-kanak. mereka juga digalakkan membuat pergerakan bebas.
TADIKA  -  Di peringkat ini barulah kanak-kanak digalakkan untuk belajar menulis dan membaca. Kanak-kanak yang telah menerima rangsangan di peringkat awal akan mudah untuk menulis dan membaca. Pada peingkat ini, kanak-kanak juga tidak boleh dipaksa untuk menjadi dewasa daripada umur mereka.






BERDAFTAR
Ibu bapa perlu prihatin terhadap perndaftaran TASKA dan TADIKA yang dipilih bagi menyediakan ruang pendidikan kepada anak-anak mereka. Setiap taska perlulah didaftar di bawah JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM). manakala bagi tadika pula ialah dengan JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN). Pendaftaran amatlah diperlukan kerana taska dan tadika ini akan dipantau oleh jabatan-jabatan ini. Hari ini, dapat kita lihat banyak kes-kes yang berkaitan kanak-kanak berlaku di taska dan tadika yang tidak berdaftar.


GURU/PENGASUH BERTAULIAH
Individu yang akan mendidik anak-anak kita ini juga perlulah dititi beratkan. Guru @ pengasuh yang diambil bekerja perlulah dilengkapi dengan ilmu yang berkaitan. Pengusaha @ pengasuh taska perlulah dilengkapi dengan sijil KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK (KAAK) yang disediakan oleh JKM. Bagi guru tadika pula mereka perlulah mendapat kelayakan yang sewajarnya sebelum penubuhan tadika. Kementerian pendidikan telah  menyediakan garis panduan dan kurikulum yang sesuai untuk kanak-kanak prasekolah. Guru-guru tadika perlulah menjalani latihan, mengikuti kursus, seminar dan sebagainya bagi menambah ilmu dan pengetahuan berkaitan prasekolah.


KURIKULUM
kurikulum merupakan elemen terpenting dalam sesebuah taska dan tadika. Kurikulum ini berperanan agar setiap perkembangan kanak-kanak ini dapat dicapai dan dipantau. kurikulum ini turut berperanan agar pengajaran dan aktiviti yang dijalankan lebih tersusun dan sistematik. Di taska mereka perlu menyediakan aktiviti jadual harian kanak-kanak kepada JKM sewaktu pendaftaran. Pada tahun 2002, setiap tadika diwajibkan mengikuti kurikulum yang disediakan oleh kementerian.  Namun demikian, mereka masih bebas menggunakan kurikulum-kurikulum lain.


LOKASI
Dalam memilih lokasi dan bangunan pihak taska dan tadika perlulah mendapat kelulusan daripada JABATAN BOMBA, KEMENTERIAN KESIHATAN, dan PIHAK BERKUASA TEMPATAN. Jabatan bomba ini akan berperanan memastikan keselamatan bangunan menepati spesifikasi yang ditetapkan. Kementerian kesihatan pula adalah memastikan kawasan persekitaran terutamanya penyediaan makanan mestilah bersih dan selamat. Pihak berkuasa tempatan pula berkaitan dengan pelan lantai, penukaran status bangunan, kebenaran jiran, jalan keluar masuk yang selamat dan sebagainya.


Beberapa lagi perkara yang perlu dalam penubuhan taska dan tadika ialah
- YURAN - yuran selari dengan perkhidmatan yang disediakan.
- SIKAP PENGASUH - pengasuh perlulah bersikap penyayang, tidak memilih kasih, adil, mesra, tidak memaksa kanak-kanak, pandai memujuk, memberi peluang kepada kanak-kanak dan sikap2 lain.
- AKTIVITI - menepati perkembangan kanak-kanak. seronok.
- REKOD - rekod pelajaran diperlukan agar ibu bapa dapat memantau tahap perkembangan kanak-kanak. Antara rekod yang perlu disediakan rekod peribadi, rekod kedatangan, rekod kesihatan, rekod kemajuan/perkembangan dan rekod hasil kerja.
- NISBAH YANG TEPAT - bilangan kanak-kanak sesuai dengan bangunan tersebut


* semangat nak buka taska tapi perkara-perkara ini perlu diatur terlebih dahulu sebelum membukanya.. Maka saya perlu bermula dari sekarang dengan mempersiapkan perkara-perkara seperti kurikulum taska, pencarian pekerja (kawan-kawan yang berminat untuk bersama-sama membangunkan taska), lokasi, proposal taska.. perkara lain yang perlu disiapkan ialah kesediaan saya iaitu dari segi pengorbanan, kesabaran dan tidak mudah berputus asa.

No comments:

Post a Comment