Wednesday, April 18, 2012

Merangsang Pembelajaran

Assalamualaikum...
hari ini saya ingin berkongsi salah satu artikel PA MA yang saya peroleh.. menarik tertarik... teruskan bacaan..
     
    Pembelajaran merupakan perkara yang penting kepada kanak-kanak sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Pada era kini, belajar sambil bermain merupakan cara semula jadi kanak-kanak belajar. Pelbagai kemahiran yang kanak-kanak akan peroleh dalam permainan. Pembelajaran juga merupakan elemen penting dalam setiap taska atau tadika. Oleh yang demikian, taska atau tadika perlulah merancang pembelajaran yang sesuai mengikut tahap umur kanak-kanak.

    Penerapan belajar sambil bermain merupakan pendekatan yang telah digunakan oleh banyak taska atau tadika pada hari ini. Ketika memilih permainan beberapa faktor perlulah dititikberatkan. Kriteria pertama adalah dari segi umur kanak-kanak perlulah disesuaikan dengan jenis atau alat permainan yang akan digunakan. Kedua ialah alat permainan ialah serba guna, di mana kanak-kanak boleh bermain dengan alat tersebut dengan pelbagai cara mengikut kreativiti mereka. Kriteria terakhir ialah dari segi keselamatan.




    Jadual di bawah antara aktiviti dan permainan mengikut kesesuaian umur. Jadual ini adalah antara aktiviti dan permainan yang boleh dilakukan. Ibu bapa dan guru boleh pelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti kepada kanak-kanak.



0- 6 bulan
Bunyi dan perkataan
Nyanyikan, dodoikan bayi, peluk dan ayunkan bayi sehingga tertidur.
Fizikal dan permainan
Menari, mengayun, mendodoi, membuai mengikut irama.
7-12 bulan
Bunyi dan perkataan
Menghembus ke dalam gulungan kertas sambil bernyanyi
Fizikal dan permainan
Permainan sembunyi (ba-ba-cak atau tangan mana)
Permainan dalam/luar rumah
Mengetuk periuk dan tudungnya, bahagian bawah periuk dengan sudu kayu atau sebagainya
12-18 bulan
Bunyi dan perkataan
Menyanyi
Fizikal dan permainan
Pergerakan mudah (tepuk tangan @ main sembunyi-sembunyi)
Seni
Mewarnai, melekat dan mengecat
Permainan dalam/luar rumah
Kotak pasir dan dulang air.
18bln-2 thn
Bunyi dan perkataan
Baca buku dengan kuat
Fizikal dan permainan
Bermain dan bernyanyi dengan aksi
Seni
Membuat kolaj dengan kertas, tali, kain, daun dll
2-3 ½ thn
Bunyi dan perkataan
Permainan huruf dan mengira
Fizikal dan permainan
Kerusi berirama
Seni
Perkenalkan lukisan percikan, krayon dan lukisan tali
Permainan dalam/luar rumah
Projek memasak yang ringkas seperti sandwich, kek batik, donut dll
Lawatan
Berkunjung ke perpustakaan
3 ½- 5 tahun
Bunyga.i dan perkataan
Menyanyi dan mengira
Seni
Membuat topeng mudah dan boneka tangan
Lawatan
Menonton wayang, teater, muzium, zoo dan taman bunga


              


  


      Pihak taska dan tadika perlu kreatif mencipta permainan mengikut minat dan kebolehan kanak-kanak. Ibu bapa amat mengambil berat terhadap perkembangan dan pembelajaran anak-anak mereka. Oleh yang demikian, pihak taska dan tadika perlulah berusaha sehabis baik bagi memenuhi kehendak ibu bapa.

Terima kasih saya ucapkan kepada majalah PA MA atas artikel yang menarik ini. Artikel ini adalah daripada majalah PA MA bulan November 2010. Artikel oleh Dr Fadzillah Ghazali yang merupakan pakar kanak-kanak. 

No comments:

Post a Comment