Sunday, May 6, 2012

Jom makan SAYUR

Assalamualaikum...

Hari ini saya nak bercerita berkaitan pemakanan terhadap kanak-kanak. Setiap tubuh badan manusia memerlukan nutrisi yang seimbang bagi memastikan tubuh sentiasa sihat. Pemakanan yang sihat akan mengelakkan diri daripada mudah dijangkiti penyakit, tubuh badan kita akan lebih cergas dan pelbagai lagi kelebihan yang terdapat dalam setiap nutrisi. Apabila kita melihat pada perspektif kanak-kanak hari ini, kebanyakan mereka menghadapi masalah pemakanan antaranya suka makan makanan segera, tidak menyukai sayur, cerewet dalam pemilihan makanan dan makan ketika mereka betul-betul lapar sahaja.



Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips hasil bacaan saya bagaimana menggalakkan kanak-kanak untuk makan sayur. Ibu bapa, keluarga dan guru perlu menggalakkan kanak-kanak untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan. apabila dikaji dua jenis pemakanan ini merupakan makanan yang tidak digemari oleh kebanyakan kanak-kanak. Tambahan pula nutrisi dari pemakanan ini menggalakkan kesihatan kanak-kanak.





Tips pertama ialah ibu menyediakan makanan yang mengandungi sayur dengan cara yang menarik. Warna dan persembahan makanan akan mempengaruhi keinginan kanak-kanak untuk makan. Guru taska atau tadika juga perlu menyediakan persembahan makanan yang menarik sekali-sekala bagi menggalakkan kanak-kanak untuk makan dan memberi keseronokkan kepada mereka.





Tips kedua ialah membawa kanak-kanak bersama ketika membeli sayur-sayuran dan lauk-lauk di pasar atau pasaraya. Beri mereka peluang untuk memilih sayur yang hendak mereka makan. Sementara itu, ibu bapa boleh bercerita khasiat sayur-sayuran dan buah-buahan kepada kanak-kanak. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tips ketiga ialah melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti memasak. Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk memasak mereka akan teruja untuk merasa makanan yang telah dimasak. Ibu atau bapa juga boleh memberi peluang kepada untuk kanak-kanak bagi memilih resepi makanan yang ingin dimakannya. Masalah kanak-kanak yang tidak suka makan juga dapat dielakkan.


Pelbagai lagi tips yang ibu bapa, guru,keluarga dan masyarakat disekeliling kanak-kanak boleh lakukan bagi menggalakkan pemakanan yang dihat kepada mereka. Namun hari ini saya hanya dapat berkongsi tiga tips ini sahaja.. Pembaca boleh melayari blog-blog atau laman-laman lain bagi menambahkan lagi tips anda. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya..

No comments:

Post a Comment