Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih
Hari ini ku sidai baju seperti biasa... Apabila petang ku tidur sebentar bagi menghilangkan penat dan bagi mengembalikan kembali tenaga. Lagipun sunnah rasul tidur qailullah.. tapi janji jangan lama sangat tidur nya..
Nak dijadikan ceritanya hujan la ketika saya tidur.. dah terbangun tu terfikir kain yang kat luar sudah kering tapi tak angkat lagi.. jadi bila hujan nampaknya basah la kembali baju-baju ku.. di atas katil ku terfikir ruginya tak angkat tadi.. di atas katil ku juga terfikir tak guna nak menyesal... di atas katil ku terfikir bahawa macam tu la nyawa kita bila nak ditarik kelak.. Allah tak menangguhkan sedikit pun apabila nyawa hambaNya ingin ditarik kembali.
" Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan) tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dengan sepengetahuanNya. Dan tidak dipanjangkan umur seseorang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Lauh Mahfuz). Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah." (surah Fatir : Ayat 11)
Itulah yang sempat ku fikir tatkala ku mengenangkan baju ku yang telah basah.. Alhamdulillah Allah masih memberi nyawa kepada ku agar ku merenung kembali fitrah penciptaan kita dimana kita pasti akan dipulangkan kembali kepada Pencipta. Sama-sama lah kita merenung kembali.. Manfaatkanlah masa yang kita ada di dunia ini sementara masih diberikan nyawa.. agar kita tek kecewa macam mana saya kecewa kain saya basah kembali dek kerana kelalaian saya..
Ku pun mengangkat kembali baju yang telah basah itu untuk dibasuh semula.
No comments:
Post a Comment