Friday, July 22, 2011

sambungan... Kembara ke Baitullah

assalamualaikum..

apa khabar diri dan iman?
moga iman kita pada kali ini lebih baik dan lebih bersedia untuk menyambut Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi... Ok.. kalau tengok tajuk pun kita dah tahu.. sekarang ini izinkan ana untuk menceritakan kisah di Mekah pula... sebelum itu ana ingin memohon maaf atas kelewatan menghantar post ini dan ana tidak berapa ingat turutan di Mekah.. Lagipun dah agak lama meninggalkan bumi Mekah..(tu la orang suruh sambung je hari tu tak nak.. kan dah lupa)


  Dalam perjalanan ke Mekah kami telah berhenti di Birrul Ali untuk mula memakai ihram dan berniat.. Sesiapa yang ingin masuk ke Tanah Haram perlulah niat ihram terlebih dahulu sama ada dia uzur ataupun tidak.. Bagi kaum hawa yang tidak suci dari hadas perlu niat dengan niat bersyarat..: Sahaja aku mengerjakan Umrah dan Ihram aku dengannya dan sekiranya haid aku berterusan sehingga tarikh pulang makan halallah aku dengannya.. bagi kaum hawa yang dijangkan akan keluar haid dalam tempoh terdekat turut dinasihatkan untuk niat bersayarat..: Sahaja aku mengerjakan Umrah dan Ihram aku dengannya dan sekiranya aku datang haid atau lain-lain sebab maka halallah aku dengannya.. hal ini adalah mengelakkan diri dari dikenakan dam.. tapi still kena bayar dam seandainya dalam tempoh kita memakai ihram kita telah melanggarnya... kami telah tiba di Mekah lebih kurang pukul 11.30malam.. ada jemaah yang terus mengerjakan umrah dan ada yang memilih untuk berehat di bilik terlebih dahulu dan esok baru mengerjakan bersama-sama dengan yang lain..

Ini ialah peta di Baitullah.. 

Pada hari kedua di Mekah kebanyakan jemaah dari kumpulan kami telah selesai mengerjakan umrah.. Oleh itu mereka telah lepas dari ihram.. Seterusnya masing-masing meneruskan aktiviti masing-masing..

masjid ini merupakan salah satu tempat orang mengambil miqat bagi niat umrah.. (minta maaf banyak2 kerana lupa nama tempat ini) dalam pakej umrah kali ini kami telah diberi peluang untuk mengerjakan umrah sebanyak 3 kali.. tempat miqatnya ialah di Birul Ali, Hudaibiyah dan Jaranah.. Bagi yang ingin mengerjakan umrah tambahan boleh pergi ke tempat miqat dengan sendiri..

Pada hari seterusnya kami telah dibawa menziarahi Jabal Rahmah, Hudaibiyyah, Mina, Padang Arafah, gua thur, gua hira, ladang unta, dan beberapa tempat lain..(dah banyak lupa ni)

GAMBAR-GAMBAR DI JABAL RAHMAH
 Sepanjang tangga ke Jabal Rahmah ramai kanak-kanak dan orang yang meminta sedekah.. kesian kanak-kanak ini mereka terpaksa berpura-pura tidak mempunyai tangan untuk meminta sedekah..


Unta ini boleh ditunggang tapi kena bayar dulu deh...

Warna hitam di bahagian bawah binaan ini merupakan tanda tangan pengunjung yang telah datang ke sini.. terdapat kepercayaan mengenai hal ini..















GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG EKSPEDISI DI GUA HIRA
Pemandangan kota Mekah dari Gua Hira

Orang ramai menunggu giliran untuk solat di tempat yang pernah menjadi tempat persembunyian Rasulullah dahulu.. tapi jangan ikut pula ye sahabat2.. ini bukan la antara yang disunatkan.. kebanyakan yang buat ni orang2 dari negara lain.. hal ini menyebabkan ramai orang menunggu di luar.. sesuatu yang menarik mengenai tempat persembunyian ini ialah ia betul2 menghadap ke Mekah.. sedangkan pada ketika itu, Rasulullah belum lagi diangkat menjadi rasul..

Ini pula ialah laluan untuk ke gua hira... laluan ini sangat kecil.. kita perlu mengempiskan perut kita terlebih dahulu.. ada 2 jalan.. yang gambar di atas tu pemandangan dari laluan pertama.. saya ikut ayah dan adik saya jadi laluan mula2 tu sukar sedikit dibandingkan yang ini.. tapi satu pengalaman yang menarik la mendaki ke gua hira ini.. subhanallah jauhnya.. cuba kita bayangkan Rasulullah yang mendaki ketika baginda berkhalwat pada zaman sebelum kerasulan baginda.. kini jalan untuk ke gua itulah telah dibina tangga tapi masih melelahkan.. ketika zaman Rasulullah mana ada semua itu.. bukit ni dah la agak cerun jugak..

Inilah gambar dalam gua hira yang menjadi tempat Rasulullah berkhalwat tatkala itu.. Tempat dimana wahyu Allah yang pertama telah turun.. IQRA

ini pula gambar kami di Ladang unta... dapat la rasa susu unta fresh tapi yang tak bestnya bau kat situ.. dah la sebelum nak minum tu kami berkesempatan menyaksikan pekerja memerah susu dari unta ini.. Ya allah kesian je tengok.. 

Setakat ini sahaja la cerita pengalaman saya bersama keluarga.. Banyak lagi yang tersirat yang boleh kita ambil dari umrah ini.. tapi hanya sekadar ini yang mampu saya coretkan.. 

Pesanan saya:- kumpullah duit dari sekarang untuk mengerjakan umrah dan haji.. dan sebaiknya sebelum pergi haji tunaikan umrah terlebih dahulu(pesanan mak saya).. Hal ini bukan apa ketika mengerjakan umrah baru-baru ini kesabaran amat-amat diperlukan.. Mak saya kata ini baru umrah, haji lagi-lagilah sesaknya, ujian yang lebih dasyat dan pelbagai lagi.. Lagi satu pesanan saya, umrah yang kita tunaikan ini perlulah disertai dengan niat yang sangat-sangat IKHLAS.. agar kita menghargai setiap peluang yang Allah telah anugerahkan kepada kita...

Semoga sahabat-sahabat turut diberi peluang ini..


Wednesday, June 22, 2011

Kembara ke Baitullah

بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran kepada Tuhan pencipta alam kerana mengizinkan ana untuk terus bernafas sehingga ke saat ini dan berkesempatan menulis kisah ana dan keluarga mengerjakan umrah baru-baru ini.. Dua minggu telah berlalu… Pengalaman manis ini pada 27/5/2011 sehingga 9/6/2011

Ana dan keluarga telah memulakan langkah kami untuk menziarahi baitullah dengan berkunjung ke COLOMBO terlebih dahulu.. Kami telah menaiki MAS untuk ke Colombo dari KLIA.. Disini kami bukan buat apa just transit tapi sempat juga melawat negara lain dulu kiranya.. COLOMBO ni kita citer time nak balik nanti ye.. Lagipun kami akan transit sekali lagi disini dari Jeddah sebelum balik ke KLIA..




Keesokan harinya kami telah menaiki kapal terbang Arab Saudi.. keistimewaan kapal terbang ini yang menarik hati saya ialah surau disediakan.. kiblat semasa juga sentiasa dipamerkan di ruang solat ini.. Cuma saya tak berkesempatan untuk solat di sini cos takut lagipun ana duduk sorang2 dengan orang yang ana tak berapa kenal.. mendarat je kapal terbang kami telah tiba di Lapangan Terbang Madinah.. Turun je dari kapal terbang rasa “ Ya Allah panasnya cuaca di sini” menurut data yang ana dapat suhu ketika itu 42 darjah celcius.. terkejut gak la badan tu awalnya.. tapi Allhamdulillah Allah telah memberi kesihatan yang baik sepanjang pengembaraan kali ini.. Allah juga memberi kekuatan agar ana dan semua jemaah yang turut bersama dalam pengembaraan ini untuk terus merebut peluang keemasan yang tidak ada di MALAYSIA.. Kami berada di Madinah selama 3 hari..

Pada hari pertama di Madinah kami telah mengadakan ziarah dalaman.. Ziarah dalaman ini ialah menziarahi di kawasan Masjidil Nabawi.. Di sini kami telah ditunjuk kawasan-kawasan penting di sini antaranya RAUDAH (sebuah kawasan yang dikatakan sebagai antara taman-taman syurga.. kawasannya dari mimbar nabi sehingga ke rumah baginda.. disini juga terletak makam Rasulullah, Abu Bakar dan Umar… Tapi nak masuk kawasan ini bukan suatu yang mudah.. kita kena banyak bersabar dan memikirkan orang lain juga ketika berada di kawasan ini.. memandangkan kawasannya yang kecil jadi setelah kita berada di kawasan ini lakukan apa yang sewajarnya then segeralah keluar untuk memberi peluang kepada orang lain..) , MAKAM RASULULLAH SAW, MAKAM ABU BAKAR, MAKAM UMAR dan PERKUBURAN BAQI’ (perkuburan ini merupakan sebuah perkuburan di Madinah… Sesiapa sahaja yang meninggal di Madinah akan di kuburkan disini.. Ramai para sahabat dan isteri-isteri Rasulullah SAW dikuburkan di sini..






Keesokan harinya pula kami telah dibawa untuk ziarah di Madinah.. Kami telah pergi ke Masjid Quba, Bukit Uhud (mujahid-mujahid yang telah syahid ketika perang Uhud telah dimakamkan di sebuah kawasan di sini.. Termasuk Saidina Hamzah), Ladang Kurma, Kilang Percetakan Al-Quran (tapi yang ini muslimat tidak dibenarkan masuk) dan Pasar Kurma..


pemandangan sekitar kawasan bukit uhud bersama keluarga tersayang


inilah bukit uhud.. sebelum menjejakkan kaki ke sini ana membayangkan bukit uhud adalah sebuah bukit yang tinggi..


ladang kurma.. ni kawasan di luar orang sedang berjual beli.. cantik pemandangan ni.. saya suka


masjid Quba


perkuburan bagi mujahid yang syahid di perang Uhud

Setelah itu sepatutnya pada hari esok kami diagendakan untuk melakukan aktiviti bebas tapi kerana percaturan Allah lebih baik dan ingin menguji kami semua adakah kami bersabar.. Pagi itu kami digempurkan lepas Zohor nanti kami akan bergerak ke Mekah.. Ramai juga yang tidak puas hati pada awalnya namun perancangan Allah itu lebih baik.. Oleh itu, selepas zohor kami ziarah wida sebelum bergerak ke Mekah.. Perjalanan ke Mekah diteruskan..

Untuk cerita ke mekah akan ana cerita di post akan datang pula ye... Insya allah..

Thursday, May 26, 2011

Dunia dan akhirat

Bismillahirahim...

Assalamualaikum...
Agak lama saya tidak membuka blog ini.. al-maklumlah cuti sekolah line internet di rumah yang tak berapa laju menyebabkan perasaan ingin mengupdate blog ni pun hilang..
Tapi hari ini ana mengumpul mood sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah bersama keluarga.. Doakan ana mendapat Umrah yang Mabrurah...

OK.. hari ini ana ingin berkongsi satu formula yang ana dapat pada awalnya dari seorang akhwat ketika belajar di matrikulasi dahulu... Rupa-rupanya formula ini ada ditulis dalam buku ZERO TO HERO..


dari Formula ringkas ini terdapat sesuatu yang tersirat..

"Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian darinya (keuntungan dunia) tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat" (asy-Syura : 20)

 1 itu kita ibaratkan dengan ALLAH yang satu.. Manakala 0 pula kita ibaratkan dengan DUNIA..

Dari formula pertama.. O dibahagikan dengan 1 kita akan dapat 0.. bermakna apabila kita utamakan dunia dari Allah kita akan dapat dunia semata-mata..

Formula kedua pula.. 1 dibahagikan dengan 0 kita akan mendapat infinity.. infinity bermakna tidak terkira.. dari formula ini jelas menunjukkan apabila kita mengutamakan Allah dibandingkan dunia kita akan mendapat sesuatu yang tidak terkira nilainya..

* time belajar matrik dulu selalu keliru benda ni tapi bila akhwat share benda ni rasa sangat best... sama2 kita manfaatkan..


Monday, April 18, 2011


Kali Pertama Bertemu

Disember 2008 - Penerbangan yang panjang itu berakhir di Jeddah. Aku melihat satu per satu wajah ahli keluargaku. Masing-masing dengan ekspresi wajah yang berbeza. Kelihatan Mak dan Abah dalam keadaan yang sangat tenang.
Aku lihat kakakku memeluk lengan suaminya. Masing-masing tersenyum-senyum. Entah apa yang difikirkan oleh dua pengantin baru itu. Lantas aku memandang kedua-dua adik lelakiku, " This is it! "Mereka berdua tersenyum memahami kata-kataku.
Sesudah keluar dari airport Jeddah kami dibawa menaiki bas menuju ke Mekah Al-Mukarammah. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati ini. Aku tidak pasti apa yang menyebabkan hatiku bergetar. Mungkin teruja? Atau mungkin takut?
Terimbas kembali pada bulan puasa yang lepas, perbualan antara Mak dan aku di telefon.
" Yan, tahun ini tradisi percutian hujung tahun keluarga kita akan ditukar kepada pergi Umrah ,"suara Mak penuh bersemangat di corong telefon.
Ketika itu aku tergamam dan hanya mengiakan saja. Tamat perbualan antara aku dengan emak di telefon.
Namun waktu itu fikiranku tidak terhenti di situ sahaja. Suara mak masih terngiang-ngiang dalam kepalaku. Pergi Umrah? Pergi ke tanah suci. Aku tidak pernah terfikir langsung untuk menjejakkan kakiku ke tanah haram Allah SWT itu. Tiba-tiba aku jadi risau.
" Bolehkah aku? Tahukah aku ibadah-ibadah yang perlu ku laksanakan di sana nanti? Aku tak pandai mengaji.. macam mana ni? Ahh.. "
Itulah reaksiku ketika mula-mula diberitahu bahawa Abah ketika dia menunaikan haji bersama dengan Mak, telah bernazar untuk membawa anak-anaknya menunaikan Umrah.
Bas meluncur laju, dari tingkap bas dapat ku lihat pemandangan malam sekitar Jeddah yang sangat berlainan dari tanah airku. Bangunan-bangunannya lain sekali. Walaupun aku ialah seorang yang banyak mengembara namun Tanah Arab ini amat berbeza dari negara-negara yang pernah ku lawati.
" Banyakkan berzikir dan doa. " tegur Mak.
Aku akur lalu ku buka buku panduan Umrah yang sedari tadi telah ku gantung di leher. Ketika bas mula memasuki kota Mekah, aku mula berdoa ;
" Ya Allah, kota ini adalah Tanah Haram-Mu dan tempat yang aman-Mu, maka hindarkanlah daging, darah, rambut dan kulitku dari Neraka. Dan selamatkanlah diriku dari siksa-Mu pada hari Engkau membangkitkan kembali hamba-Mu, dan jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang-orang yang selalu dekat dan taat kepada-Mu. Amin. "
" Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah, didepan kita sekarang adalah Masjidil Haram tempat di mana terletaknya Kaabah, Arasy sekalian umat Islam di dunia. " suara Mutawwif memecah lamunanku.
Aku melihat daripada tingkap bas. Subhanallah! Ku lihat dengan mataku sendiri. Masjidil Haram yang tersergam indah dan bersinar-sinar. Cahaya putih yang memancar darinya menyinari persekitaran di sekeliling Masjid.
" Ya Allah, indah sungguh rumah-Mu ini Ya Allah! "
Subhahallah. Subhanallah. Berkali-kali hatiku mengucapkan tasbih kepada Yang Maha Esa. Air mataku mula bergenang. Rasa seperti mimpi, aku benar-benar sudah berada di Tanah Suci Mekah.
Dalam melayari perasaan terharu itu, tiba-tiba bas berhenti. Rupa-rupanya kami telah sampai di depan hotel tempat penginapan kami. Mutawwif menyarankan kami supaya melakukan solat jamak takhir di bilik hotel masing-masing. Waktu ketika itu hampir jam 12 malam. Abah mengarahkan keluarganya untuk bertemu di lobi hotel pada jam 12.30 malam.
Tepat jam 12.30malam, masing-masing sudah berkumpul di lobi. Kami mula mengatur langkah mengikut Abah dari belakang.
" Sambil berjalan, kita bertalbiah. " Abah mengajar.
" Labbaikallah Humma Labbaik, Labbaikala syari kalaka labbaik, Innalhamda, wanniqmata, Lakawalmulk, La syari Kallak "
" Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah, Hamba-Mu datang menyahut panggilanmu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu "
Kami berjalan sambil bertalbiah menyusuri jalan dan lorong-lorong, melalui kedai-kedai kecil. Kawasan di sekitar itu keadaannya sangat sederhana. Kami terus berjalan menuju ke Masjidil Haram. Dari jauh aku nampak Masjidil Haram itu bersinar-sinar. Sinarannya amat ketara sekali kerana kawasan selain Masjid agak suram dan malap.
Ketika hendak melangkah masuk ke dalam masjid, hati ku makin berdebar-debar. Suasana di dalam Masjid sangat tenang dan aman. Kakiku terus melangkah masuk sambil hati tidak putus-putus berdoa.
" Itu Kaabah. " bisik Mak sambil tersenyum kepada ku. 
Mataku terus menangkap sebuah bangunan bersegi berwarna hitam. Betul-betul berada di depan ku.
" Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar! "
Dan ketika itu juga airmataku deras mengalir. Selaju-lajunya. Ketika itu juga aku merasa diriku sangat kerdil di sisi Allah SWT. Tidak putus-putus aku berdoa kepada Yang Maha Esa.
Dalam tangisan, aku melakukan solat sunat Taubat. Dan ketika itu terasa banyaknya dosa yang telah ku lakukan sepanjang hidupku. Betapa jahilnya aku.
" Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-Mu yang hina ini. Satu-satu dosa yang telah kulakukan selama ini terbayang-bayang di dalam kepala. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku. "
Ku lihat adik-adikku juga merah matanya. Kakakku dan suaminya juga begitu, sembab mata mereka. Pada ketika itu, kami tidak bercakap langsung. Masing-masing dalam perantaraan dengan Allah SWT yang Maha Besar. Ya, antara diri dan Rabb.
" Kita tawaf. " kata Abah perlahan.
Aku mengikut rombongan kecil kami menuju kearah Kaabah yang tersergam indah di tengah-tengah Masjidil Haram.
Mataku tidak teralih langsung. Aku asyik menatap bangunan hitam empat segi itu dan ketika itu rasa seperti mimpi. Selama ini, Kaabah hanya kulihat dari bingkai-bingkai gambar yang tergantung di dinding rumah, atau di televisyen atau di lukisan di sejadah. Tapi kali ini aku melihat Kaabah dengan mataku sendiri. Betul-betul berada di depan ku. Pertama kali dalam hidupku.
Aku mula melakukan tawaf bersama-sama keluargaku. Di dalam tawaf aku asyik berdoa dan bertasbih kepada Allah SWT. Aku sangat kusyuk dengan doa-doaku tanpa kusedari aku terpisah daripada keluargaku semasa tawaf kelima. Selesai tujuh pusingan, aku terhenti betul-betul di hadapan Multazam iaitu Pintu Emas Kaabah. Ku lihat ramai lelaki-lelaki yang seperti melekat di situ. Ramai juga yang berdoa di situ. Pada ketika itu baru aku tersedar bahawa aku keseorangan.
Aku mulai mencari-cari wajah-wajah keluargaku namun tidak kutemui. Agak lama juga aku bersendirian. Sudahlah pertama kali berada disitu, tidak tahu kemana harus pergi. Risau mula menular dalam hati lalu aku berdiri betul-betul di depan pintu Kaabah dan menadah tangan berdoa.
" Ya Allah Ya Tuhanku, temukan lah aku dengan keluargaku. Amin. "
Selesai sahaja berdoa, seperti ada suara yang mengarahkan ku supaya menoleh ke kanan. Aku pun menoleh, Subhanallah! Benar-benar doaku termakbul, aku nampak Mak di sebelah Makam Ibrahim sedang melambai-lambai ke arah ku. Alhamdulillah. Dalam hati terdetik juga, bagaimana aku tidak nampak Mak disitu sedangkan jarak antara Makam Ibrahim dengan pintu Kaabah tidaklah jauh. Aku beristighfar.
Rupa-rupanya ahli keluargaku semuanya sudah berada di situ menunggu aku. Semua sudah bersedia untuk melakukan solat sunat tawaf. Aku pergi mendapatkan mereka. Usai solat, aku mula berdoa. Kala itu, sekali lagi terimbas kembali segala dosa-dosa sepanjang hidupku. Sungguh banyak kejahatan dan kemaksiatan yang telah aku lakukan selama ini..
" Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu yang hina ini. Peliharalah aku dari azab kubur dan azab api neraka-Mu Ya Allah. Kuatkanlah imanku dan tetapkanlah imanku. Sesungguhnya aku ini amat jahil Ya Allah, aku lupa dengan tanggungjawabku, aku hanyut dengan dunia. Terima kasih ya Allah kerana sudi menerimaku sebagai tetamu-Mu. Janganlah Engkau memesongkan hatiku setelah Engkau memberi hidayah ini kepadaku."
Aku berdoa betul-betul di hadapan Multazam. Ku pandang tepat ke arah Pintu Emas Kaabah. Sesekali mataku kabur dek kerana airmataku yang tidak henti-henti mengalir.
Usai solat, kami meneruskan rukun yang seterusnya, Sai'. Antara Safar dan Marwah aku berjalan ulang-alik. Berpeluh juga aku pada waktu itu. Namun semua itu tidak ku kisahkan, dalam hatiku bulat hanya kerana Allah yang Maha Besar. Cukup tujuh kali, kami tamatkan ibadah dengan bertahalul iaitu menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Maka terlepaslah aku daripada larangan ihram.
Abah tersenyum. " Alhamdulillah, tahniah anak-anak Abah. Kamu semua baru sahaja selesai Umrah wajib masing-masing. "
Aku saling berpandangan dengan adik-beradikku. Semua tersenyum. Alhamdulillah.
Hatiku berkata-kata sendiri.
Selama 28 tahun aku hidup, aku tidak pernah pedulikan agama suci Allah SWT ini. Aku hanya Islam pada nama namun corak hidupku tidak langsung mencerminkan Islam. Aku hanyut dengan dunia. Hanyut!
Ku pandang Abah dan Mak. Airmataku berlinang.
Terima kasih Abah kerana membawa anak Abah ke Tanah Suci Allah ini. Anak Abah ini sangat bersyukur kerana menerima jemputan dari Yang Maha Esa dan teramat bersyukur kerana Allah SWT memberi hidayah serta membuka mata hati ini untuk melihat kesucian Islam. Allah membuka hati anak Abah ini untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.
Alhamdulillah. Sesungguhnya, menjadi jemputan Allah SWT telah memberi aku satu titik peralihan dalam hidupku. Peralihan ke arah hidup yang berlandaskan syariat Islam. Semenjak pulang ke tanah air, aku telah mejadi insan yang baru. Menjalani hidup sebagai seorang Muslim yang sebenar, ku kekalkannya sehingga sekarang dan selamanya. Insyaallah.

Kita hambaNya yang dipilih

Assalamualaikum,

Apa khabar iman sahabat-sahabat hari ini???
Hari ini ingin saya mengajak sahabat untuk bersama-sama bermuhasabah kembali tujuan dan nikmat tarbiah yang Allah berikan kepada hambaNya yang dipilih iaitu KITA....

Sebentar tadi saya telah disapa oleh seorang akhwat UNISZA... satu mesej dari akhwat ini yang membuat saya berfikir sebentar dan turut bermuhasabah kembali...
" afwan ana terfikir. Dalam ramai2 budak kelas, nape ant tak ajak ...... @ ...... @ sapa2 sajela. Pakaian diorang lebih proper dari ana. Camana ant bleh pilih ana join usrah..."

ana terkenang kenapa ana mengajak dia.. Tapi setelah itu ana telah menelefon sahabat ini.. akhwat ini adalah salah seorang classmate ketika di matrik.. Sebenarnya saya turut mengajak seorang sahabat lain yang ditulis namanya tadi, tapi hidayah itu milik Allah dan perubahan yang ingin dibuat juga atas kehendak Allah.. Sahabat ini pernah ingin memakai tudung labuh tapi perubahan pada masa itu tidak berpihak padanya... 

Bersyukurlah kita kerana kita telah menjadi hamba Allah yang dipilih untuk membawa Islam yang benar, Dipilih untuk mengecapi nikmat tarbiah dan dipilih untuk bersama-sama memartabatkan Islam  di mata dunia.. Kenapa bukan TERpilih tapi DIpilih sebabbbb terpilih adalah secara tak sengaja tapi kita memang hamba-hambanya yang dipilih oleh Allah tapi masa dan saat perubahan itu sahaja yang berbeza..

Kisah seorang lagi sahabat ana yang pernah bertanya kepada ana kenapa dia tidak pernah diajak oleh ana ketika dia semester satu sedangkan ana kenal dengan dia dari sem satu.. cuma Allah mengerakkan hati ana dan memberikan keberanian kepada ana ketika semester empat... ingin ana katakan ana bukanlah seorang yang mampu mengajak semua orang tanpa mengira siapa dia.. ana perlu mengumpul kekuatan yang datangnya dari Pencipta yang Esa dan Yang menggerakkan hati hamba-hambanya... Sesungguhnya hati kita dipegang oleh Allah.. Allah yang menentukan saat perubahan diri kita kepada individu yang lebih baik dari sebelumnya.. CUMA kita perlu juga berusaha untuk ke arahnya janganlah mengharapkan ia datang dengan sendirinya.. 

Oleh itu, sahabat-sahabat ingin ana bawa antunna untuk sama-sama bermuhasabah kembali saat kita menerima tarbiah.. betapa beruntungnya kita kerana kita adalah hambaNya yang dipilih... Bersyukurlah...


Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus ISTIQAMAH di jalan NYA.. Untuk terus bergerak kerana ALLAH.. ucapan terima kasih kepada akhwat UNISZA ini yang memberi peluang untuk ana sama-sama bermuhasabah kembali proses tarbiah yang ana lalui ini... ana ingin kongsi sepatah kata yang dipetik dari seorang akhwat..

" Tarbiah itu dimulai dengan tasbih kafarah dan diakhiri dengan al-Fatihah "

Friday, April 1, 2011

Cucur sosej

Bismillah...

Pagi ini memandangkan saya ada tetamu khas maka saya mengambil kesempatan memasak cucur sosej... Selepas subuh terus memasak dengan itu saya berjaya melawan nafsu saya untuk tidur pada pagi itu... Oleh itu ingin saya kongsi bersama resepi ringkas ini..



BAHAN
- Tepung
- Sosej
- Kentang
- Bawang
- Garam
- Air

CARA MEMASAK
- Potong sosej, kentang dan bawang kecil-kecil agar mudah dimakan.
- Masukkan tepung dan bahan yang dipotong tadi.
- Seterusnya masukkan air dan garam mengikut kesesuaian.
- Sedia dimasak di dalam kuali yang panas.

Simple je kan... Jadi boleh la mencuba... Biasa kita masak cucur bilis, pisang, bawang, sayur...
Baru-baru ini kawan saya mengajak untuk memasak cucur betik agak pelik kedengarannya.. Tapi tidak tahu la bagaimana rasa nya sebab belum mencuba lagi...