Akhir sekali
bagi reflective writing ni ingin saya berkongsi beberapa aktiviti yang boleh
dilakukan kepada kanak-kanak. Memandangkan tugasan membuat proposal taska /
tadika yang telah diamanahkan oleh PUAN PUTERI AFZAN MARIA, kumpulan saya telah
memilih untuk membuka taska. Maka beberapa aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak
0-2 tahun yang sesuai dilakukan di taska ingin dikongsi. Aktiviti-aktiviti ini
adalah berdasarkan buku INDAHNYA DIDIKAN AWAL ANAK SECARA ISLAM. Penulisnya ialah
MAZIDAH MUHAMMAD dan DR NOOR HISHAM MD NAWI. Saya akan simpulkan kesemua aktiviti-aktiviti
ini dalam bentuk jadual. Semoga bermanfaat.
Monday, May 21, 2012
PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIH
Baru-baru ini saya telah menunjukkan tajuk
untuk thesis saya yang perlu saya siapkan sebelum meninggalkan UPSI ini. Maka
pemilihan tajuk yang betul dan sesuai amat penting. Maka saya telah memilih
PERSEKITARAN MEMPENGARUHI GAYA PEMAKANAN KANAK-KANAK. Saya pun dengan yakin nya
menunjukan tajuk ini kepada penyelia saya iaitu DR NORDIN. Namun Dr menolak
tajuk ini. Dr menyuruh saya membuat tajuk yang lebih berfokus di dalam kelas
atau pendekatan pembelajaran. Sedih memang sedih apabila tajuk ditolak. Tapi Dr
mengatakan bahawa sekiranya tajuk itu diteruskan ia akan sukar untuk
diperhatikan dan dibuat kajian. Maka saya mula berfikiran positif ialah Dr
menyuruh saya menukar tajuk asal adalah bagi memudahkan saya bukan menyusahkan saya
kelak. Dr pun pastilah inginkan yang terbaik. Maka saya memulakan pencarian
tajuk. Selak buku sini selak buku sana sedang saya menyelak buku KSPK maka saya
terjumpa satu pendekatan mengajar yang menarik iaitu PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK. Maka saya tekad untuk menulis berkaitan ini. Jadi saya ingin mengambil
peluang untuk sama-sama berkongsi serba sedikit mengenai PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK atau kalau dalam bahasa Inggeris lebih dikenali dengan
PROJECT APPROACH.
KOMUNIKASI BERKESAN
IN THE NAME OF ALLAH
Ok.. ni artikel keenam saya bagi reflective
writing. Hari ini saya ingin berkongsi bersama teman mengenai satu cerita yang
telah saya tonton bersama housemate tercinta. Cerita ini bertajuk
MIRACLE WORKER.. saya amat percaya bahawa ramai orang telah menontonnya.. sebuah
cerita yang bagus bagaimana mengendalikan budak yang tantrum, bisu dan buta.
anakku HIPERAKTIF
Assalamualaikum...
Artikel ini merupakan artikel ke- 5 bagi reflective writting saya..
Kanak-kanak HIPERAKTIF.. acap kali kita dengar keluhan orang dewasa.. ish budak ni hiperaktif betul.. apa sebenarnya yang dikatakan dengan HIPERAKTIF ni.. mari saya berkongsi hasil bacaan saya bersama teman-teman..

Sunday, May 6, 2012
Jom makan SAYUR
Assalamualaikum...
Hari ini saya nak bercerita berkaitan pemakanan terhadap kanak-kanak. Setiap tubuh badan manusia memerlukan nutrisi yang seimbang bagi memastikan tubuh sentiasa sihat. Pemakanan yang sihat akan mengelakkan diri daripada mudah dijangkiti penyakit, tubuh badan kita akan lebih cergas dan pelbagai lagi kelebihan yang terdapat dalam setiap nutrisi. Apabila kita melihat pada perspektif kanak-kanak hari ini, kebanyakan mereka menghadapi masalah pemakanan antaranya suka makan makanan segera, tidak menyukai sayur, cerewet dalam pemilihan makanan dan makan ketika mereka betul-betul lapar sahaja.
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips hasil bacaan saya bagaimana menggalakkan kanak-kanak untuk makan sayur. Ibu bapa, keluarga dan guru perlu menggalakkan kanak-kanak untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan. apabila dikaji dua jenis pemakanan ini merupakan makanan yang tidak digemari oleh kebanyakan kanak-kanak. Tambahan pula nutrisi dari pemakanan ini menggalakkan kesihatan kanak-kanak.

Subscribe to:
Posts (Atom)