IN THE NAME OF ALLAH
Ok.. ni artikel keenam saya bagi reflective
writing. Hari ini saya ingin berkongsi bersama teman mengenai satu cerita yang
telah saya tonton bersama housemate tercinta. Cerita ini bertajuk
MIRACLE WORKER.. saya amat percaya bahawa ramai orang telah menontonnya.. sebuah
cerita yang bagus bagaimana mengendalikan budak yang tantrum, bisu dan buta.
Hasil penceritaan ini dapat disimpulkan bahawa Hellen bertingkah laku tantrum adalah kerana dia ingin seperti orang lain iaitu mempunyai mata dan boleh berkomunikasi. Gurunya telah mengajarkan bahasa isyarat bagi menyebut setiap benda yang ada di sekelilingnya. Pada peringkat awalnya, tingkah laku Hellen dapat dikawal setelah beberapa perkataan diajar dalam bahasa isyarat. Hal ini menunjukkan bahawa komunikasi itu penting. Melalui komunikasi Hellen boleh menyatakan perasaannya, keinginannya dan bercakap dengan orang lain.
Tiada
formula khusus komunikasi berkesan yang boleh diikuti atau diterapkan kerana
setiap anak itu berbeza. Komunikasi berkesan yang diguna pakai oleh ibu bapa
haruslah sesuai dengan matlamat ibu bapa itu sendiri untuk disampaikan kepada
anak-anak. Demikianlah kata Pakar psikologi Perkembangan Kanak-kanak dan
Remaja, Prof Madya Dr Mahani Md Nor.
Contohnya, sekiranya ibu bapa ingin memberi
arahan maka ayat yang digunakan mestilah di dalam bentuk arahan yang sesuai
dengan anak-anak bukan dalam ungkapan marah atau menegur. Sekiranya teguran
yang ingin dilakukan maka ayat mestilah dalam ayat teguran bukan marah. Setiap ayat
ini adalah berlainan dari segi intonasi dan ayat yang diucapkan.
Dr Mahani berkata, anak-anak akan merasa
tidak seronok sekiranya perkataan yang keluar dari ibu bapa hanya bernada keras
atau marah sahaja sedangkan matlamat yang ingin disampaikan ialah teguran. Dendaan
dan hukuman boleh diberikan kepada kanak-kanak yang melakukan kesalahan. Dendaan
perlu diberikan setelah sahaja kesalahan tersebut dilakukan. Sekiranya kesalahan
yang mereka lakukan dibiarkan dalam tempoh masa yang lama, maka mereka
beranggapan bahawa perbuatan yang mereka lakukan adalah betul.
Beberapa TIPS untuk dikongsi
1. Dengarlah dengan aktif – ibu bapa atau orang dewasa hendaklah menunggu
apa butir-butir yang ingin mereka perkatakan. Menjadi pendengar yang aktif
adalah sangat penting kerana melaluinya, anak-anak akan bercerita mengenai hal
yang mereka lalui. Ibu bapa mestilah menunjukkan rasa hormat dan minat dengan
apa yang ingin mereka perkatakan. Apabila kita boleh mendengar cerita-cerita
mereka, mereka juga akan mudah untuk mendengar arahan @ teguran @ bicara-bicara
kita. Komunikasi ini dapat mengukuhkan ikatan di antara ibu bapa dan guru.
2. Hindarilah dari berbalah – komunikasi yang tidak berkesan ialah apabila
berlakunya perbalahan atau perdebatan antara ibu, bapa, guru dan anak. Hal ini
akan mengakibatkan mereka ingin memberontak dan menunjukkan sikap-sikap negatif
yang lain.
3. Wujudkan suasana yang seronok dan menarik dalam perbincangan – ketika perbincangan
dilakukan dengarlah pendapat dari si kecil.
4. Ibu bapa jangan terlalu menunjukkan kuasa – hal ini akan menjauhkan lagi
hubungan ibu bapa dan anak. Anak-anak akan bersikap baik sekiranya ibu bapa ada
di samping mereka. Sekiranya di situasi lain, mereka tidak akan menunjukkan
sikap yang baik.
Dapat disimpulkan bahawa komunikasi berkesan amat penting dalam kita mendidik kanak-kanak. Berilah mereka ruang untuk menyatakan pendapat mereka. Komunikasi yang baik mampu menghasilkan tingkah laku yang positif..
Sekadar ini perkongsian saya buat
teman-teman.. semoga bermanfaat…
rujukan
majalah PA MA Disember 2010
No comments:
Post a Comment