Akhir sekali
bagi reflective writing ni ingin saya berkongsi beberapa aktiviti yang boleh
dilakukan kepada kanak-kanak. Memandangkan tugasan membuat proposal taska /
tadika yang telah diamanahkan oleh PUAN PUTERI AFZAN MARIA, kumpulan saya telah
memilih untuk membuka taska. Maka beberapa aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak
0-2 tahun yang sesuai dilakukan di taska ingin dikongsi. Aktiviti-aktiviti ini
adalah berdasarkan buku INDAHNYA DIDIKAN AWAL ANAK SECARA ISLAM. Penulisnya ialah
MAZIDAH MUHAMMAD dan DR NOOR HISHAM MD NAWI. Saya akan simpulkan kesemua aktiviti-aktiviti
ini dalam bentuk jadual. Semoga bermanfaat.
Aktiviti-aktiviti
ini merangkumi 6 tema utama iaitu pembangunan rohani, pembangunan kognitif,
pembangunan bahasa, pembangunan emosi, pembangunan jasadi dan pembangunan sosialisasi.
Pembangunan
rohani
Umur bayi
|
Aktiviti
|
Pelaksanaan
|
0-6 bulan
|
Azan berkumandang
|
-
Perdengarkan azan sama ada di masjid, TV atau
cakera padat
-
Maklumkan kepada bayi bahawa apabila azan
berkumandang maka mereka perlu menunaikan solat
|
Mari solat bersama
|
-
Persiapkan bayi di sebelah kita yang akan
menunaikan solat
-
Katakan kepada bayi bahawa kita akan
menunaikan solat.
-
Sekiranya bayi menangis ketika kita sedang
bersolat . biarkan dia menangis sehingga kita selesai solat.
|
|
Ayat-ayat al-quran
|
-
Perdengarkan pada bayi ayat-ayat al-quran
sama ada kita yang membacanya atau di dalam radio. Sekiranya kita yang
membaca maka dukunglah bayi. Maklum kepada bayi bahawa kita akan membaca
al-quran
|
|
6-12 bulan
|
Ini sejadah saya
|
-
Sediakan satu sejadah khusus untuk bayi. Setiap
kali solat letakkan sejadah mereka bersama-sama kita.
|
Alif, ba, ta
|
-
Perkenalkan huruf-huruf hijaiyyah kepada
bayi. Seterusnya ajar mereka menyebut dalam bacaan al-quran iaitu aa, ba, ta.
|
|
12-18 bulan
|
Perkenalkan rakaat
|
-
Tuliskan di atas sekeping kad angka 2, 3 dan
4. Tunjukkan kad bilangan rakaat kepada kanak-kanak ketika solat ingin
didirikan.
|
Saya pandai berwuduk
|
-
Selepas mandikan bayi, maklumkan kepada bayi
kita akan berwuduk. Ibu atau penjaga perkenalkan anggota wuduk dan wudukkan
bayi.
|
|
Al-fatihah
|
-
Kerapkan membaca al-fatihah kepada bayi. Baca
dengan jelas.
|
|
18-24 bulan
|
Mari kita ke masjid
|
-
Bawa kanak-kanak ke masjid untuk bersolat
bersama-sama. maklumkan kepada mereka beberapa adab di dalam masjid
|
Berhenti bermain
|
-
Ibu bapa atau penjaga perlulah meminta
kanak-kanak untuk berhenti bermain dengan kasih sayang dan ajaklah mereka
mendirikan solat bersama-sama.
|
|
Ini al-quran saya
|
-
Sediakan satu ‘al-quran’ ( buku bertulisan
jawi dan rehal ) kepada kanak-kanak. Meminta mereka membawa ‘al-quran’ ini
setiap kali ada sesi bacaan al-quran.
|
Pembangunan
kognitif
Umur
|
Aktiviti
|
Pelaksanaan
|
0-6 bulan
|
Alam ciptaan Allah
|
-
Dedahkan bayi kepada pelbagai suasana dan
maklumkan mereka mengenai kebesaran ciptaan Allah
|
Sentuh..sentuh..sentuh
|
-
Ransang bayi dengan deria sentuh. Biarkan mereka
memahami erti sejuk dengan menyentuh ais atau air sungai
|
|
Bunyi apa itu?
|
-
Bunyikan loceng atau alat permainan kepada
bayi.
-
Bunyikan bunyi haiwan ataupun tiru bunyi
hawan dan perkenalkan bunyi itu kepada bayi.
|
|
6-12 bulan
|
Tepuk amai-amai
|
-
Ajarkan bayi menepuk tangan sambil
menyanyikan lagu tepuk amai-amai.
|
Cari benda
tersembunyi
|
-
Ikat permainan bayi dengan tali yang
berwarna.
-
Sembunyikan permainan dengan tali yang
terjulur keluar.
-
Tunjukkan kepada bayi cara mencari permainan
yang tersembunyi.
|
|
Rangsang deria rasa
bayi
|
-
Beri peluang bayi merasa pelbagai jenis rasa.
Berikan pelbagai jenis buah (letakkan sedikit garam- bagi rasa masin).
|
|
12-18 bulan
|
Membaca surat
|
-
Masukkan beberapa permainan ke dalam sampul
surat.
-
Letakkan sampul tersebut ke dalam kotak
-
Ajak bayi melihat apa yang terdapat di dalam
kotak dan buka sampul surat tersebut. Ulang permainan.
|
Ring…ring
|
-
Berikan telefon lama tau telefon permainan. Tunjukkan
kepada mereka cara mendail dan berlakon bercakap dengan mereka.
|
|
Lepaskan saya
|
-
Ikat kaki kanak-kanak dengan ikatan yang
mudah. Gunakan tuala atau fabrik lembut. Ajarkan mereka cara melepaskan diri.
Ikat kembali dan biarkan mereka melepaskan diri mereka sendiri.
|
|
18-24 bulan
|
Cantumkan gambar
|
-
Ajar anak-anak mencantumkan gambar yang
ringkas
|
Mari memasak
|
-
Ajar kanak-kanak bermain masak-masak. Berkomunikasi
dengan mereka mengenai aktiviti ini.
|
|
Membuat buih
|
-
Ajar kanak-kanak membuat buih menggunakan air
sabun. Masukkan air sabun ke dalam bekas dan tiupkan dengan straw.
|
|
Masukkan pada
tempatnya
|
-
Ajar kanak-kanak meletakkan alat permainan
mengikut jenis bentuknya.
|
Pembangunan
jasadi
0-6 bulan
|
Pergerakan mata
|
-
Perkenalkan permainan baru kepada bayi. Secara
perahan-lahan, alihkan permainan itu. Biarkan mata bayi mengikut pergerakan
itu. Menggunakan cermin juga boleh dilakukan.
|
Pegang tanganku
|
-
Hulurkan jari telunjuk ibu bapa @ penjaga
kepada bayi. Biarkan mereka memegang jari tersebut dan angkat badan bayi
menggunakan jari tersebut.
|
|
Mari bersenam
|
-
Lakukan senaman tangan dan kaki bayi sambil
dia berbaring. Lakukan beberapa kali.
|
|
Timang tinggi-tinggi
|
-
Timang bayi sambil bergurau dengan mereka
|
|
6-12 bulan
|
Mari makan biskut
|
-
Letakkan kepingan biskut yang telah
dikecilkan ke dalam pinggan. Minta mereka untuk mengambilnya.
|
Saya mahu merangkak
|
-
Rangsang bayi yang menunjukkan tanda-tanda
merangkak dengan letakkan nada dering telefon yang berbeza bagi menarik bayi
untuk mendapatkan telefon.
|
|
12-18 bulan
|
Membina bangunan
|
-
Ajarkan kanak-kanak membina bangunan
menggunakan blok pelbagai bentuk.
|
Memegang pensel
warna
|
-
Beri peluang kanak-kanak menconteng kertas
menggunakan pensel warna tersebut.
|
|
Menggunakan sudu
|
-
Ajar kanak-kanak mengambil makanan (bijiran)
menggunakan sudu.
|
|
18-24 bulan
|
Mari bermain bola
|
-
Ajar kanak-kanak cara membaling bola dan
menyambutnya.
|
Ikut saya
|
-
Tampalkan gambar tapak kaki di atas lantai
sehingga ke anak ketiga
-
Ajar mereka naik dan turun tangga berdasarkan
gambar tapak kaki di atas lantai.
|
|
Kita buat kuih
|
-
Berikan sedikit doh kuih kepada kanak-kanak. Biarkan
mereka menggauli dan membentuk doh tersebut menggunakan kreativiti mereka
|
Pembangunan bahasa
0-6 bulan
|
Bercakap dengan bayi
|
-
Sentiasa bercakap dengan bayi dengan lembut
dan sentiasa tersenyum
|
Ini badan saya
|
-
Selesai mandikan bayi ajar anggota badan
kepada bayi
|
|
6-12 bulan
|
Mempelajari perkataan
baru
|
-
Pastikan bayi sentiasa mempelajari perkataan
baru pada setiap hari
|
Bahasa badan
|
-
Sebelum mereka boleh bercakap, gunakan bahasa
badan bagi berkomunikasi dengan mereka. Bagi menggalakkan mereka untuk
berkomunikasi, ibu bapa sentiasalah bercakap dan bertanya kepada mereka.
|
|
12-18 bulan
|
Bercakaplah dengan
saya
|
-
Apabila kanak-kanak menyebut perkataan secara
pelat, orang dewasa perlulah membetulkan perkataan yang disebut.
|
Mari membaca
|
-
Pilihlah buku yang sesuai. Bacakan kepada
mereka secara konsisten.
|
|
18-24 bulan
|
Bercerita perihal
makanan
|
-
Semasa waktu makan, ceritakan kepada
kanak-kanak mengenai makanan tersebut. Kaitkan dengan penciptaan Allah.
|
Kad bergambar
|
-
Tunjukkan gambar dan ajarkan kepada mereka
sebutan perkataan tersebut.
|
Pembangunan
emosi
0-6 bulan
|
Dukung dan peganglah
saya
|
-
Apabila bayi menangis, bisikkan mereka dengan
kata-kata yang menenangkan sambil menepuk dan mengusap mereka
|
6-12 bulan
|
Jangan tinggalkan
saya
|
-
Tinggalkan bayi secara perlahan-lahan. Anak yang
ditinggalkan secara paksa sukar untuk ditenangkan.
|
Ei…. Takut
|
-
Bayi akan berasa takut dan terkejut pada
bunyi yang kuat. Dapatkan bayi segera dan peluklah mereka sambil mengurut
dada mereka supaya mereka merasa tenang dan selamat
|
|
12-18 bulan
|
Saya sayang semua
|
-
Ibu bapa selalulah mencium dan memeluk
anak-anak mereka.
-
Galakkan kanak-kanak untuk mencium dan
memeluk ahli keluarga terdekatnya.
|
Cemburu
|
-
Kanak-kanak akan merasa cemburu apabila ibu
bapanya mendukung kanak-kanak lain. Sekiranya kanak-kanak menunjukkan tanda
cemburu, cium dan jelaskan kepada mereka bahawa kita sayang akan mereka.
|
|
18-24 bulan
|
Apa perasaan anda
|
-
Apabila anak menunjukkan emosinya seperti marah,
gembira, sedih dan sebagainya tanyakan kepada mereka berkenaan perasaan mereka.
|
Pembangunan
sosialisasi
Umur
|
Aktiviti
|
Pelaksanaan
|
0-6 bulan
|
Siapa saya
|
-
Bayi mula mengenali orang-orang yang biasa
dengannya. Bermain dan memanggil mereka. Ajar mereka siapa diri kita.
|
Seronoknya menyusu
|
-
Semasa menyusu pandanglah dengan mereka bagi
mewujudkan hubungan sosial dan bayi akan merasa seronok.
|
|
6-12 bulan
|
Inilah saya
|
-
Tunjukkan imej anak di hadapan cermin. Biarkan
mereka berinteraksi dengan diri sendiri.
|
Kawan saya
|
-
Letakkan kanak-kanak berdekatan dengan rakan
sebaya mereka.
|
|
12-18 bulan
|
Ambillah
|
-
Ajar kanak-kanak berkongsi barang dan memberi
barangnya kepada orang lain. Orang dewasa minta barang mereka dan apabila
mereka beri ucapkan terima kasih
|
Pakai baju
|
-
Beri peluang untuk mereka memakai baju
sendiri. Dan orang dewasa berperanan memberi tunjukajar.
|
|
18-24 bulan
|
Bawa bersiar-siar
|
-
Dedahkan kanak-kanak dengan aktiviti luar. Biasakan
mereka dengan program-program atau majlis-majlis.
|
Perkenalkan diri
|
-
Ajar kanak-kanak untuk mereka memperkenalkan
diri mereka kepada orang lain.
|
Aktiviti ini
kebanyakan lebih berfokus kepada ibu bapa namun demikian penjaga bayi atau
kanak-kanak ini turut boleh melaksanakannya..
No comments:
Post a Comment