Monday, May 21, 2012

PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIH

Baru-baru ini saya telah menunjukkan tajuk untuk thesis saya yang perlu saya siapkan sebelum meninggalkan UPSI ini. Maka pemilihan tajuk yang betul dan sesuai amat penting. Maka saya telah memilih PERSEKITARAN MEMPENGARUHI GAYA PEMAKANAN KANAK-KANAK. Saya pun dengan yakin nya menunjukan tajuk ini kepada penyelia saya iaitu DR NORDIN. Namun Dr menolak tajuk ini. Dr menyuruh saya membuat tajuk yang lebih berfokus di dalam kelas atau pendekatan pembelajaran. Sedih memang sedih apabila tajuk ditolak. Tapi Dr mengatakan bahawa sekiranya tajuk itu diteruskan ia akan sukar untuk diperhatikan dan dibuat kajian. Maka saya mula berfikiran positif ialah Dr menyuruh saya menukar tajuk asal adalah bagi memudahkan saya bukan menyusahkan saya kelak. Dr pun pastilah inginkan yang terbaik. Maka saya memulakan pencarian tajuk. Selak buku sini selak buku sana sedang saya menyelak buku KSPK maka saya terjumpa satu pendekatan mengajar yang menarik iaitu PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK. Maka saya tekad untuk menulis berkaitan ini. Jadi saya ingin mengambil peluang untuk sama-sama berkongsi serba sedikit mengenai PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK atau kalau dalam bahasa Inggeris lebih dikenali dengan PROJECT APPROACH.






          Kaedah PROJEK ialah penyiasatan secara mendalam berkaitan dengan topik dunia sebenar agar dapat menarik perhatian murid mengenai topik yang ingin diajar. Melalui pendekatan ini, murid-murid dapat mengaitkan pengalaman luar sekolah dengan aktiviti. Ia juga dapat membantu murid-murid bersedia untuk menjalankan kajian dalam bidang sains dan sains sosial. Hal ini kerana kebanyakan projek berbentuk sains. Namun demikian, sekiranya dalam pengajaran kepada kanak-kanak 4-6 tahun pelbagai bentuk projek boleh dipelbagaikan. Pendekatan ini mestilah mempunyai langkah-langkah @ urutan dalam melaksanakannya. Pendekatan ini juga perlu diakhiri dengan penilaian kanak-kanak terhadap apa yang telah mereka lakukan.

Dalam melaksanakan pendekatan ini, beberapa langkah sebelum perlu dilaksanakan.
1.       Guru perlulah perkenalkan projek yang ingin dilaksanakan.
2.       Guru perlulah menggalakkan kanak-kanak memberi idea dan cadangan mereka.

Langkah semasa projek dilakukan ialah :
1.       Galakkan sumbangsaran idea dan membina kesepakatan antara kanak-kanak
2.       Melaksanakan projek
3.       Setiap kanak-kanak memainkan peranan dalam melaksanakan projek dan pembahagian tugas perlu dilaksanakan
4.       Terdapat skop dan urutan pelaksanaan projek
5.       Menyediakan graf tempoh masa
6.       Menjalankan proses inkuiri, penyelidikan dan pengumpulan data.
7.       Mempersembahkan projek
8.       Penambahan berterusan dan penilaian berterusan
9.       Pengintegrasian teknologi amat digalakkan

Langkah yang perlu diambil selepas projek dilaksanakan :
1.       Menghargai pencapaian dalam melaksanakan projek
2.       Membuat penilaian terhadap beberapa aspek iaitu kekuatan, kelemahan, kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari, pemarkahan oleh guru, penilaian kendiri pelajar dan analisis skor markah yang diperolehi.
3.       Maklum balas daripada rakan-rakan terhadap projek yang dilaksanakan
4.       Menilai kualiti projek
5.       Mencatatkan bukti-bukti kejayaan menyempurnakan projek.

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam pendekatan ini:
-          Menanam pokok seperti pokok cili, pokok bendi dan lain-lain
-          Memasak sandwich
-          Menghias cup cake
-          Melakukan frame gambar
-          Eksperimen sains
       meneroka alam


Akhirnya setelah membaca serba sedikit berkaitan PEMBELAJARAN PROJEK ini saya pun membuat keputusan untuk membuat tajuk berkaitan projek. Dan akhirnya saya memilih untuk membuat tajuk
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DALAM MENINGKATKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK..

Harap-harap DR terima.. masih tidak berkesempatan untuk tunjukkan lagi tajuk ni.. insya allah tengah hari ini (22 Mei 2011).. doakan

3 comments:

  1. salam kak...boleh tak saya nak tanya sedikit tentang pengajaran berasaskan projek ni..boleh akak bagi email...?

    ReplyDelete
  2. Salam.. mohon kebenaran jd kn maklumat sebagai bahan rujukan

    ReplyDelete
  3. Salam'alaik...saya mohon kebenaran untuk jadikan maklumat rujukan.Terima kasih.

    ReplyDelete