In The Name of Allah...
Alhamdulillah... Allah tetap memberi keizinan kepada hambanya ini untuk terus bernafas sehingga ke saat ini... Alhamdulillah... alhamdulillah.. alhamdulillah.. lama sudah tidak diconteng sesuatu pada blog ni.. orang selalu cakap blog boleh jadi diari kita, tempat luahan hati kita, menambah ilmu, berkongsi ilmu dan mungkin juga tempat untuk kita berniaga..terpulang la kepada si blogger.. hari ada best topik ingin saya isukan...
Hati ini terasa KOSONG.. aku tak pasti kenapa.. bukan Kosong macam lagu Najwa latif tapi kosong tanpa iman.. aku tak pasti.. tapi aku sangat2 yakin ia berkaitan dengan IMAN.. IMAN... adakah ia akan datang bergolek kepada kita atau kita yang perlu mencarinya.. bagaimana ingin mencari IMAN?.. adakah ia boleh di beli di pasar malam? dari internet? dari buku2? dari mana..... IMAN ni apa sebenarnya?
Sunday, October 28, 2012
Monday, May 21, 2012
Mendidik Anak Secara ISLAM
Akhir sekali
bagi reflective writing ni ingin saya berkongsi beberapa aktiviti yang boleh
dilakukan kepada kanak-kanak. Memandangkan tugasan membuat proposal taska /
tadika yang telah diamanahkan oleh PUAN PUTERI AFZAN MARIA, kumpulan saya telah
memilih untuk membuka taska. Maka beberapa aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak
0-2 tahun yang sesuai dilakukan di taska ingin dikongsi. Aktiviti-aktiviti ini
adalah berdasarkan buku INDAHNYA DIDIKAN AWAL ANAK SECARA ISLAM. Penulisnya ialah
MAZIDAH MUHAMMAD dan DR NOOR HISHAM MD NAWI. Saya akan simpulkan kesemua aktiviti-aktiviti
ini dalam bentuk jadual. Semoga bermanfaat.
PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIH
Baru-baru ini saya telah menunjukkan tajuk
untuk thesis saya yang perlu saya siapkan sebelum meninggalkan UPSI ini. Maka
pemilihan tajuk yang betul dan sesuai amat penting. Maka saya telah memilih
PERSEKITARAN MEMPENGARUHI GAYA PEMAKANAN KANAK-KANAK. Saya pun dengan yakin nya
menunjukan tajuk ini kepada penyelia saya iaitu DR NORDIN. Namun Dr menolak
tajuk ini. Dr menyuruh saya membuat tajuk yang lebih berfokus di dalam kelas
atau pendekatan pembelajaran. Sedih memang sedih apabila tajuk ditolak. Tapi Dr
mengatakan bahawa sekiranya tajuk itu diteruskan ia akan sukar untuk
diperhatikan dan dibuat kajian. Maka saya mula berfikiran positif ialah Dr
menyuruh saya menukar tajuk asal adalah bagi memudahkan saya bukan menyusahkan saya
kelak. Dr pun pastilah inginkan yang terbaik. Maka saya memulakan pencarian
tajuk. Selak buku sini selak buku sana sedang saya menyelak buku KSPK maka saya
terjumpa satu pendekatan mengajar yang menarik iaitu PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK. Maka saya tekad untuk menulis berkaitan ini. Jadi saya ingin mengambil
peluang untuk sama-sama berkongsi serba sedikit mengenai PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK atau kalau dalam bahasa Inggeris lebih dikenali dengan
PROJECT APPROACH.
KOMUNIKASI BERKESAN
IN THE NAME OF ALLAH
Ok.. ni artikel keenam saya bagi reflective
writing. Hari ini saya ingin berkongsi bersama teman mengenai satu cerita yang
telah saya tonton bersama housemate tercinta. Cerita ini bertajuk
MIRACLE WORKER.. saya amat percaya bahawa ramai orang telah menontonnya.. sebuah
cerita yang bagus bagaimana mengendalikan budak yang tantrum, bisu dan buta.
anakku HIPERAKTIF
Assalamualaikum...
Artikel ini merupakan artikel ke- 5 bagi reflective writting saya..
Kanak-kanak HIPERAKTIF.. acap kali kita dengar keluhan orang dewasa.. ish budak ni hiperaktif betul.. apa sebenarnya yang dikatakan dengan HIPERAKTIF ni.. mari saya berkongsi hasil bacaan saya bersama teman-teman..
Artikel ini merupakan artikel ke- 5 bagi reflective writting saya..
Kanak-kanak HIPERAKTIF.. acap kali kita dengar keluhan orang dewasa.. ish budak ni hiperaktif betul.. apa sebenarnya yang dikatakan dengan HIPERAKTIF ni.. mari saya berkongsi hasil bacaan saya bersama teman-teman..
Sunday, May 6, 2012
Jom makan SAYUR
Assalamualaikum...
Hari ini saya nak bercerita berkaitan pemakanan terhadap kanak-kanak. Setiap tubuh badan manusia memerlukan nutrisi yang seimbang bagi memastikan tubuh sentiasa sihat. Pemakanan yang sihat akan mengelakkan diri daripada mudah dijangkiti penyakit, tubuh badan kita akan lebih cergas dan pelbagai lagi kelebihan yang terdapat dalam setiap nutrisi. Apabila kita melihat pada perspektif kanak-kanak hari ini, kebanyakan mereka menghadapi masalah pemakanan antaranya suka makan makanan segera, tidak menyukai sayur, cerewet dalam pemilihan makanan dan makan ketika mereka betul-betul lapar sahaja.
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips hasil bacaan saya bagaimana menggalakkan kanak-kanak untuk makan sayur. Ibu bapa, keluarga dan guru perlu menggalakkan kanak-kanak untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan. apabila dikaji dua jenis pemakanan ini merupakan makanan yang tidak digemari oleh kebanyakan kanak-kanak. Tambahan pula nutrisi dari pemakanan ini menggalakkan kesihatan kanak-kanak.
Hari ini saya nak bercerita berkaitan pemakanan terhadap kanak-kanak. Setiap tubuh badan manusia memerlukan nutrisi yang seimbang bagi memastikan tubuh sentiasa sihat. Pemakanan yang sihat akan mengelakkan diri daripada mudah dijangkiti penyakit, tubuh badan kita akan lebih cergas dan pelbagai lagi kelebihan yang terdapat dalam setiap nutrisi. Apabila kita melihat pada perspektif kanak-kanak hari ini, kebanyakan mereka menghadapi masalah pemakanan antaranya suka makan makanan segera, tidak menyukai sayur, cerewet dalam pemilihan makanan dan makan ketika mereka betul-betul lapar sahaja.
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips hasil bacaan saya bagaimana menggalakkan kanak-kanak untuk makan sayur. Ibu bapa, keluarga dan guru perlu menggalakkan kanak-kanak untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan. apabila dikaji dua jenis pemakanan ini merupakan makanan yang tidak digemari oleh kebanyakan kanak-kanak. Tambahan pula nutrisi dari pemakanan ini menggalakkan kesihatan kanak-kanak.
Wednesday, April 18, 2012
Merangsang Pembelajaran
Assalamualaikum...
hari ini saya ingin berkongsi salah satu artikel PA MA yang saya peroleh.. menarik tertarik... teruskan bacaan..
Pembelajaran merupakan perkara yang penting kepada kanak-kanak sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Pada era kini, belajar sambil bermain merupakan cara semula jadi kanak-kanak belajar. Pelbagai kemahiran yang kanak-kanak akan peroleh dalam permainan. Pembelajaran juga merupakan elemen penting dalam setiap taska atau tadika. Oleh yang demikian, taska atau tadika perlulah merancang pembelajaran yang sesuai mengikut tahap umur kanak-kanak.
Penerapan belajar sambil bermain merupakan pendekatan yang telah digunakan oleh banyak taska atau tadika pada hari ini. Ketika memilih permainan beberapa faktor perlulah dititikberatkan. Kriteria pertama adalah dari segi umur kanak-kanak perlulah disesuaikan dengan jenis atau alat permainan yang akan digunakan. Kedua ialah alat permainan ialah serba guna, di mana kanak-kanak boleh bermain dengan alat tersebut dengan pelbagai cara mengikut kreativiti mereka. Kriteria terakhir ialah dari segi keselamatan.
Monday, April 2, 2012
sambungan Mengimbau Kenangan
بسم الله الرØمن الرØيم
Sepanjang pencarian artikel dalam majalah Pa Ma saya menjumpai banyak bahan.. Namun hari ini saya ingin berkongsi mengenai artikel yang berkaitan tentang pemilihan TASKA dan TADIKA.. sebagai seorang ibu dan ayah apa perkara yang perlu dititiberatkan ketika memilih tempat penjagaan dan pendidikan anak-anak kita.. maka kita sebagai seorang pengusaha perlulah memenuhi keinginan ibu bapa ini agar taska @ tadika kita menjadi tumpuan ibu bapa kerana sistem dan cara pendidikan yang baik.
AKTIVITI
TASKA - Kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun seharusnya bukanlah diajar untuk pandai membaca semata-mata tetapi yang lebih penting ialah memberi rangsangan yang secukupnya melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang fizikal, bahasa, sosio emosi dan kognitif kanak-kanak. mereka juga digalakkan membuat pergerakan bebas.
TADIKA - Di peringkat ini barulah kanak-kanak digalakkan untuk belajar menulis dan membaca. Kanak-kanak yang telah menerima rangsangan di peringkat awal akan mudah untuk menulis dan membaca. Pada peingkat ini, kanak-kanak juga tidak boleh dipaksa untuk menjadi dewasa daripada umur mereka.
Sepanjang pencarian artikel dalam majalah Pa Ma saya menjumpai banyak bahan.. Namun hari ini saya ingin berkongsi mengenai artikel yang berkaitan tentang pemilihan TASKA dan TADIKA.. sebagai seorang ibu dan ayah apa perkara yang perlu dititiberatkan ketika memilih tempat penjagaan dan pendidikan anak-anak kita.. maka kita sebagai seorang pengusaha perlulah memenuhi keinginan ibu bapa ini agar taska @ tadika kita menjadi tumpuan ibu bapa kerana sistem dan cara pendidikan yang baik.
AKTIVITI
TASKA - Kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun seharusnya bukanlah diajar untuk pandai membaca semata-mata tetapi yang lebih penting ialah memberi rangsangan yang secukupnya melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang fizikal, bahasa, sosio emosi dan kognitif kanak-kanak. mereka juga digalakkan membuat pergerakan bebas.
TADIKA - Di peringkat ini barulah kanak-kanak digalakkan untuk belajar menulis dan membaca. Kanak-kanak yang telah menerima rangsangan di peringkat awal akan mudah untuk menulis dan membaca. Pada peingkat ini, kanak-kanak juga tidak boleh dipaksa untuk menjadi dewasa daripada umur mereka.
Thursday, March 29, 2012
Mengimbau Kenangan
In the name of Allah....
Pada sabtu yang lepas, saya telah menemani sahabat saya ke Perpustakaan Negara bagi mencari bahan untuk tugasannya. Biasalah budak Pengajian Malaysia katakan, perpustakaan UPSI bahan untuk course deme ni memang sikit. Matlamat saya nak ikut adalah ingin mengimbau kenangan ketika pergi berprogram suatu masa dahulu yang amat memerlukan pengorbanan. Pengangkutan awam merupakan pengangkutan utama ketika itu, bertanya pada orang mengenai tempat yang ingin dituju adalah lumrahnya dan sudah pasti kewangan amat diperlukan. Ops satu lagi pengorbanan dan kesabaran juga amat-amat diperlukan. Namun kini, semua sudah dimudahkan Allah hendak ke tempat program menaiki kereta, bajet pun kurang la sikit. Namun ujian Allah itu datang bagi mentarbiah kita..
Inilah bangunan Utama yang menempatkan buku-buku antarabangsa. Untuk ke bangunan yang menempatkan buku-buku Malaysia perlulah ke bangunan yang lebih tinggi di belakang bangunan ini. |
Ok sambung balik cerita pencarian ilmu kami, maka pagi itu kami pun menaiki bas ke KL. kemudian dari Pudu kami terpaksa jalan sehingga ke Pasar Seni kerana ingin menaiki LRT rapidKL. Kami pun naik LRT ke Damai, selepas itu ambil teksi untuk ke Perpustakaan Negara (sapa2 berminat boleh la pergi). Alhamdulillah kami sampai ke Perpustakaan Negara dalam pukul 11.30 pagi. Kami masuk ke bangunan Utama untuk mencar bahan. Carilah menggunakan OPAC di sana. Cari punya cari senaraikan buku-buku yang hendak dirujuk (kawan saya la yang cari saya tak pun). Bagi mengetahui tempat letaknya buku-buku tersebut kami bejumpalah dengan penasihat pembaca. Rupa-rupanya kami telah masuk bangunan yang salah. Maka kami mengambil keputusan untuk makan dan menunaikan kewajipan kepada Allah terlebih dahulu sebelum meneruskan pencarian kami.
Sunday, March 25, 2012
Pengalaman bernilai...
In the name of Allah
TARIKH : 21 MAC 2012
Ketika cuti semester baru-baru ini saya telah dihubungi oleh seorang kakak yang saya kagumi dan saya amat teringin belajar sesuatu darinya. Kak Juwariah itulah namanya dan lebih selesa dirinya dipanggil dengan kak Ju. Beliau merupakan seorang pengusaha taska Athfal. Saya pernah bekerja dengannya sebagai guru mengaji. Dalam perbualan saya dan kak Ju, beliau telah mengajak saya untuk menjadi rakan kongsinya mengusahakan taska Athfal memandangkan beliau akan berpindah ke Changkat jering untuk tinggal di kampung halamannya dan di atas permintaan suaminya. Maka beliau mengambil keputusan untuk memberi tanggungjawab sebagai pengurus tadika kepada saya. Ketika itu, perasaan saya sangat gembira memandangkan tawaran kerja telah terbuka buat saya sedangkan saya masih belajar. Oleh yang demikian, beliau mengajak saya untuk berjumpa dengannya secara bersemuka di taskanya.
Tiga hari kemudian saya berkesempatan meluangkan masa saya untuk berjumpa dengan kak Ju. Banyak ilmu dan pengalaman yang diberikannya. Dari segi permohonan sebuah taska, peranan pengurus, kurikulum buat kanak-kanak dan pelbagai lagi.
Pertama yang ingin kongsi hasil perbualan kami ialah mengenai permohonan menubuhkan taska. Pengusaha taska perlulah menyediakan pelan kawasan, menu makanan buat kanak-kanak dan aktiviti seharian yang akan dijalankan. Kawasan yang akan digunakan perlulah mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang cukup. Ruang pembelajaran perlulah sesuai dengan bilangan kanak-kanak. Dari segi kawasan. Dari segi menu makanan pula, makanan yang disediakan perlulah mengikut diet pemakanan seimbang yang disyorkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tukang masak perlulah mengikuti kursus pengendalian makanan daripada ALPM ataupun yang diiktiraf serta menerima suntikan TYP2 (Thypoid). Manakala bagi aktiviti untuk kanak-kanak perlulah merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini adalah memastikan kanak-kanak dapat perkembangan yang holistik. Permohonan taska perlulah dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan. Sekiranya permohonan ini diterima barulah taska dapat didaftarkan.
Kedua yang ingin saya ceritakan ialah mengenai pengurusan. Seorang pengurus taska perlulah mempunyai Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak. Kurus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kanak-kanak. Kursus ini membolehkan pesertanya mengadakan bahan pembelajaran yang sesuai berdasarkan keperluan kanak-kanak. Seorang pengusaha taska juga sebaik-baiknya mendapatkan suntikan TYP2(Thypoid). Sekiranya tukang masak taska tidak datang bekerja maka peranan pengusaha untuk menyediakan makanan. Hal ini kerana adalah orang yang boleh menyediakan makanan kepada kanak-kanak di taska ialah orang yang mendapat suntikan tersebut.
Pengurus juga perlu menguruskan pembayaran gaji kepada pekerja dan menyediakan KWSP dan PERKESO. Bagi kak Ju, akaun taska juga diuruskan olehnya sendiri memandangkan pekerja yang tidak cukup. Pengurus juga perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pekerjanya. Pembahagian tugas pekerja-pekerja perlulah diberi secara adil dan teratur. Antara tugas yang perlu dibahagikan seperti menyambut kanak-kanak, membersihkan kawasan taska, menjaga kanak-kanak dan pelbagai tugas lain. Sekiranya mereka tidak menjalankan tugas dengan baik seorang pengurus perlu bijak menegur kesilapan pekerja tersebut dan memperbaiki kelemahan yang ada. Pengurus yang baik adalah pengurus yang dapat memimpin pekerjanya dengan menunjukkan contoh yang baik, arahan dari pengurus dipatuhi oleh pekerja, hubungan pengurus dan pekerja baik.
Saya sangat beruntung kerana berpeluang mendapat ilmu dan pengalaman dari kak Ju. Namun demikian, kini saya mengalami dilema memandangkan ayah saya telah membeli sebuah rumah bagi menubuhkan taska saya sendiri. Sekarang daya masih mempertimbangkan sama ada saya ingin menjadi pengurus taska Athfal atau taska saya sendiri kelak. Beberapa pandangan yang saya terima, mereka menyarankan untuk saya buat dua-dua tanpa meninggalkan salah satu.
Thursday, January 26, 2012
Umar Abd Aziz
IN THE NAME OF ALLAH
Apa khabar? Iman ok?
Lama betul rasanya tak mencoret sesuatu di dalam blog ini..
Rasanya bukan setakat bersawang malah semua binatang2 pun dah penuh kot dalam blog ni…
Ok lah ana sekadar ingin berkongsi cerita mengenai UMAR ABD AZIZ..
Nama yang cukup gah dalam khalifah Umayyah..
Beliau merupakan cicit kepada UMAR AL-KHATTAB..
Keistimewaan UMAR ABD AZIZ ini dikaitkan dengan titisan keturunan yang istimewa lagi mulia.
Benarlah sebuah hadis mengatakan bahawa anak itu umpama kain putih bersih, ibu bapalah yang mencorak kain tersebut…
Sikap bapanya ABDUL AZIZ BIN MARWAN yang mempunyai daya rasa yang tinggi dan akal fikiran yang peka dan cerdas telah diwarisnya. Manakala sifat ibunya LAILA BT ASHIM BT UMAR AL-KHATTAB yang mempunyai keazaman yang kuat, ketajaman perasaan, kefasihan lisan, kesederhanaan bicara dan ketegasan yang luar biasa telah tertuang pada peribadi unggul Umar Abd Aziz.
Peribadi Unggulnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor (menurut kajian Dr Ali Muhammad Muhammad ash-Shallabi (2009)):
a) Latar belakang keluarga yang terdiri daripada golongan yang mulia dan terhormat
b) Minat yang mendalam terhadap pelbagai ilmu dan pengetahuan terutamanya ilmu keislaman.
c) Faktor persekitaran yang soleh, penuh ketakwaan dan sukakan ilmu pengetahuan
d) Pendidikan yang diperolehi secara langsung dari Madinah.
Sebelum menjadi seorang khalifah peribadinya sungguh berlainan setelah menjawat jawatan khalifah.
Sebelum menjadi khalifah, Umar Abd Aziz menjalani kehidupan yang senang, bergaya dan penuh kemewahan. Wangian yang dipakainya boleh dihidu dari kejauhan. Gaya jalannya yang mirip dengan datuknya Umar al-Khattab. Namun semua ini berubah setelah beliau menjawat jawatan sebagai khalifah. Dr aidh Al-qarni menyatakan secara ringkas mengenai Umar Abd Aziz:
Beliau seorang khalifah yang zuhud, abid, mujahid, pembaharu abad pertama, beliau telah meninggalkan kepentingan dunia dan berpaling daripada syahwah-syahwah yang negatif. Beliau kemudiannya amat menumpukan sebahagian waktunya kepada persoalan ilmu, ibadat, dakwah, zuhud dan menegakkan keadilan. Lalu Allah mendorong usahanya menegakkan sunah dan menghapuskan bidaah, menyinari jalan pembaikan dan memperbaharui tanda-tanda kejayaan. Maka akhirnya beliau menjadi imam @ pemimpin yang memberikan petunjuk, alim dalam persoalan akidah serta menjadi pendidik kepada umat.
Dahulunya pakaian yang dipakai beliau berharga lebih 800 dirham namun setelah bergelar khalifah pakaiannya berharga 8 dirham.
Sifat unggul yang dimiliki oleh Umar Abd Aziz yang telah menjadikan beliau insan yang disebut Allah sebagai yang mendapat sibghah Allah (celupan Allah). Sifatnya yang teramat takut kepada Allah, zuhud, tawaduk, warak, santun dan pemaaf, sabar dan tabah, tegas dan berhikmah, adil dan banyak berdoa menjadikan beliau seorang hamba Allah yang memperoleh sibghah Allah. Sifat-sifat ini jugalah yang menjadikan UMAR ABD AZIZ sebagai khalifah yang istimewa dan berjaya. Walaupun tempoh pemerintahannya dalam tempoh yang singkat iaitu dua tahun setengah namun ia telah memberi kesan kepada pemerintahan ketika itu.
Terdapat pepatah mengatakan bahawa rakyat terbanyak mengikut agama dan pemimpin mereka. Inilah yang berlaku pada pemerintahan UMAR ABD AZIZ. Beliau bukan sahaja berjaya mempengaruhi keluarganya tetapi juga rakyatnya. Khalifah yang baik sebagaimana yang ditunjukkan Umar Abd Aziz adalah seumpama kasturi. Ia bukan sahaja berbau harum tetapi ia mampu mengharumkan orang lain.
· Saya tak habis lagi baca buku ni.. jadi setakat ini yang saya boleh kongsi.. harap dapat memberi manfaat..
· Rujukan buku :- UMAR ABDUL AZIZ karya Prof Madya Rasid Muhamad.
Subscribe to:
Posts (Atom)